Tragedi Tembakan Las Vegas – Serangan Senjata Paling Dasyat Tercatat Di Amerika Syarikat

GAYA HIDUP
October 03, 2017 - 10:22 AM


Tragedi yang berlaku kelmarin ini meragut kira-kira 59 nyawa pengunjung yang menghandiri sebuah konsert di Las Vegas dan dilaporkan seramai 527 orang lagi cedera di festival tersebut.

Nampaknya seperti tragedi ini telah dirancang dengan rapi oleh penyerang yang bertindak secara solo. Dikatakan suspek telah menginap di suite hotel Mandalay Bay ini selama 3 hari sebelum bertindak untuk menyerang festival yang berlaku pada hari kejadian.

 

Suspek, Stephan Paddock dikatakan telah menembak kesemua mangsa daripada tingkat 32 hotel yang didiaminya. Dengan bersenjatakan dengan 20 pucuk raifel pelbagai jenis, Paddock dikatakan telah mula menembak pada jam 10.08pm Ahad lalu dan tembakan dilepaskan selama 5 hingga 10 minit.

 

 

Walaupun motif masih tidak dapat dikenalpasti, suspek telah bertindak untuk menembak dirinya sendiri sebelum biliknya sempat diserbu oleh pihak polis. Pihak polis dan FBI masih lagi mencari motif sebenar kerana tiada data yang mengaitkan Paddock dengan mana-mana kumpulan pengganas.

 

Sumber : The Telegraph