Wireless Earphone Dari Google Ini Mampu Menterjemahkan Pelbagai Bahasa Secara ‘Live’.

GAYA HIDUP
October 09, 2017 - 03:01 PM


Sebuat sahaja Google, kita dah tahu dah syarikat ini mampu mengeluarkan pelbagai produk yang diluar jangkaan. Selain daripada pelbagai aplikasi yang memudah kan kerja kita seharian, Google juga ada keluarkan pelbagai produk untuk pengguna.

 

Headphone, atau earphone merupakan salah satu aksesori yang agak penting. Selain daripada mendengar muzik dan menjawab panggilan telefon, kita pernah tak terfikir yang earphone ini mampu buat lebih pada itu?

Google baru-baru ini telah memperkenalkan Google Pixel Buds dengan bantuan Google Assistant.

Selain daripada mempunyai bunyi yang mantap, Pixel Buds ini adalah peranti tanpa wayar dan mudah untuk digunakan. Dengan meletakkan touchpad, kini segala fungsi untuk mengawal audio yang kita dengar hanya pada ear buds tersebut. Maknanya, dah taka da wayar tambahan untuk mengawal volume audio atau nak terima panggilan telefon.

Dengan pengecas bersaiz poket yang juga bekas penyimpanan air buds tersebut, pengecasan derta penyimpanan peranti ini amat mudah. Selain daripada ketahanan 24 jam, jika anda menggunakan android 7.0 dan ke atas, peranti ini akan dikesan secara automatik oleh telefon kita dan kita akan terus ditanya sama ada mahu menghubungkan peranti ini atau tidak.

Dengan bantuan teknologi pad sesentuh pada Google Pixel Buds ini, pengguna hanya perlu menyentuh selama beberapa saat untuk memberitahu ‘Assistant’ kita untuk memainkan muzik, buat panggilan, dapatkan lokasi tanpa perlu mengeluarkan telefon daripada poket! Dah macam cerita James Bond.

Yang paling menarik, kita mampu memahami bahasa asing dengan Google Pixel ni. Dengar macam biasa, tapi sebenarnya ini adalah feature yang paling best kalau kita nak travel. Sebabnya, sambil kita berbual, Pixel Buds ini akan translatekan terus perbualan itu. Ya, dia translate secara live. Jadi, kalau nak travel ke negara yang tak ramai sangat boleh berbahasa Inggeris, boleh la guna Pixel Buds ni.

Setakat ini, terdapat 40 bahasa sokongan dan peranti ini boleh didapatkan mulai bulan November nanti pada harga USD 159 atau lebih kurang RM 680 dan didatangkan dengan 3 variasi warna iaitu Hitam, Putih dan Biru. 

 

Sumber : Google | Blog

 

;