Bak Kata Orang Tua, Ni Semua b*d*h Piang! Cerai Pun Dah Jadi Konten - Caprice

HIBURAN
August 13, 2024 - 05:24 PM


Isu penceraian kini dilihat semakin terbuka dihebohkan oleh mana-mana individu.

Jika dulu, penceraian merupakan satu perkara rahsia yang tidak ingin diceritakan oleh mana- mana pasangan yang bercerai.

Namun situasi kini berubah, lebih-lebih lagi apabila kewujudan media sosial.

Terdahulu tular, ada beberapa individu yang telah melafazkan cerai pada isterinya semasa bersiaran langsung di TikTok. Tindakan tersebut telah mendapat teguran daripada beberapa pendakwah dan juga mufti.

Semalam juga, heboh diperkatakan tentang penceraian yang berlaku antara penyanyi terkenal, Nora Ariffin dan suaminya. Menerusi hantaran di Instagram, penyanyi berkenaan memuat naik satu video lafaz cerai oleh suaminya.

Selebriti, Caprice tidak bersetuju dan hairan dengan penceraian yang berakhir dengan sebegitu.

“Adakah satu trend baru, nak cerai kena rakam, dan post. Buat live, lepas tu bagitahu semua. Cerai pun dah jadi konten. - thereporter

Selepas Influencer, Kini Penyanyi Nora Ariffin Pula Dicerai Melalui Sebuah Video

Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Nora Ariffin mendakwa lafaz cerai oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli dibuat tanpa kerelaan.

Dakwa penyanyi yang sangat masyhur dengan lagu Dendam Dalam Diam itu, Rushdi dipaksa melafazkan talak dan diminta merakamkan aksi itu melalui video untuk dijadikan bukti.

"Ustaz (suami) dipaksa ceraikan saya tanpa sebarang sebab dan diminta ambil video sebagai bukti supaya semua orang tahu," katanya kepada Astro AWANImelalui aplikasi WhatsApp.

Nora, 51 tahun, bagaimanapun, memilih berdiam diri ketika ditanya siapa individu yang didakwa memaksa bekas suaminya itu berbuat demikian.