"Jangan Ingat Saya Dan Isteri Gembira Syamsul Bercerai" – Yusof Haslam

HIBURAN
August 20, 2024 - 06:35 PM


Semalam, nama Syamsul kembalik hangat diperkatakan selepas berita dia telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak disebabkan tiada lagi kesefahaman bersama bekas isteri Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin.

Pengarah Datuk Yusof Haslam menepis segala dakwaan mengatakan dia dan isteri iaitu bergembira dengan  perceraian Syamsul Yusof.

Datuk Yusof Haslam menegaskan, sebagai orang bapa dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat kedua-dua belah pihak.

“Sebagai mak ayah saya doakan yang terbaik buat anak.

“Khalayak jangan salah faham mengatakan kami sekeluarga gembira mendengar berita itu (perceraian). Saya percaya setiap apa yang berlaku ada sebab mengapa Allah tentukan.

“Sejujurnya saya dan isteri terkejut mendengar berita perceraian itu,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Festival Filem Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Yusof memaklumkan dia tidak menyimpan harapan agar Puteri Sarah Liyana kembali bergelar isteri kepada Syamsul.

“Semalam Puteri Sarah ada datang berjumpa saya dan isteri. Reda sahaja.

“Saya tak boleh kata mahu Sarah balik ke pangkuannya atau sebaliknya. Itu bukan urusan kita. Yang menentukan kehidupan mereka adalah mereka sendiri. Biar mereka tentukan.

“Saya cuma mengharapkan dan mendoakan yang terbaik untuk semua pihak,” katanya.

Destination: