Nikah Kontroversi Belum Sampai Setahun, Pengarah Filem Terkenal Ceraikan Isteri Baru Melalui Whatsapp?

HIBURAN
October 30, 2023 - 12:43 PM


Kecoh seketika apabila muncul desas desus mengatakan bekas madu kepada seorang aktres terkenal didakwa sudah pun diceraikan oleh suaminya yang juga pelakon dan pengarah terkenal tanah air.

Sis Nara dengar daripada sumber yang berita perceraian itu juga ada ditinggalkan beberapa orang individu di ruangan komen hantaran Instagram bekas madunya kini.

Difahamkan, si isteri yang juga anak kepada pelakon veteran hanya diceraikan menerusi WhatsApp saja dan dihalau daripada rumah.

Tapi satu dakwaan yang agak dahsyat juga apabila ada yang mengatakan si isteri itu ada ‘penyakit berbahaya’, namun diharapkan hanya khabar angin sajalah.

Sebelum ini, si isteri memang menjadi tumpuan netizen gara-gara kehadirannya sebagai orang ketiga dalam perkahwinan aktres tersebut bersama pengarah itu sehingga keduannya bercerai berai.

Malah, apa saja yang dilakukan si isteri akan sentiasa dicemuh gara-gara ‘sejarahnya’ sebagai seorang penyondol sebelum ini.

Sementara itu, menjengah ke Instagram bekas isteri pengarah terkenal itu -- ada netizen yang meninggalkan komen dan bertanya kebenaran laporan terbaharu tersebut.

Sumber: BeautifulNara

Destination: