"Kau Sokong Ke Benda Macam Itu?" - Wanita Tegur Individu Yang Layan Hot Daddy Macam Artis
TERKINIIsu yang membabitkan Hot Daddy atau nama penuhnya, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, menjadi perhatian warga maya di pelbagai media sosial.
Beberapa hari yang lalu, tular satu video yang memperlihatkan lelaki yang didakwa bagi kes persundalan itu dilayan seperti artis apabila sedang bersiar-siar di pasar malam.
Hal tersebut mendapat perhatian seorang wanita berbangsa Cina yang bernama Esther. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, wanita tersebut meluahkan rasa pelik dan takut selepas menonton video tersebut di media sosial.
@esther1385 Hati2 ye adik2 sekalian. Bukan semua yg viral tu bermanfaat. Jgn senang terpedaya. Jgn menyesal di belakang. #katakatauntukanak #katakatauntukorangmuda #orangmuda #wordsofgod #daddyash ♬ Sad and lonely - MoppySound
"Ya Rabbi, kenapalah buat dia macam pempengaruh, artis dan idola korang ya? Korang tak takut ke?
"Saya takut, macam nak akhir zaman dah sebab benda yang sepatutnya kita tak boleh terima dah jadi satu kebiasaan dan kebanggaan pula.
"Takkanlah korang tak tahu yang dia ini sedang didakwa?" katanya.
Selain itu, Esther juga memberi nasihat kepada golongan anak muda untuk bijak dalam memilih idola kesukaan mereka supaya tidak terjebak dengan perkara yang tidak baik.
"Adik-adik sekalian, saya cuma nak cakap yang korang kena hati-hati bila nak pilih idola korang.
"Tengok dulu betul-betul sama ada seseorang itu bagi contoh yang bagus ataupun tidak," jelasnya.
Bukan sahaja Esther yang kurang senang dengan layanan yang diberi segelintir masyarakat kepada Hot Daddy tersebut, pakar motivasi juga ada memberi teguran dan pandangan berkenaan dengan hal ini.
Menurut sumber, Perunding Motivasi dan Kaunseling, Hushim Salleh berkata, segelintir masyarakat kini ibarat sudah tiada segan silu dan menganggap perbuatan itu sebagai satu kebiasaan buat mereka.
"Perkara ini sudah menjadi normalisasi dan kebiasaan dalam kalangan masyarakat, contohnya apabila mereka bergambar dengan individu terbabit, mereka merasakan diri sudah hebat.
"Selain itu, ia menjadi satu kepuasan dan kebanggaan kepada seusia mereka, lebih-lebih lagi di media sosial, perasaan malu dan berdosa itu sudah tiada," tegurnya.
Sumber: X, Oh Bulan & Harian Metro