"Mahalini Bakal Peluk Islam, Majlis Nikah Akan Berlangsung Di Jakarta" - Bapa Rizky Febian
HIBURANPelawak terkenal Indonesia, Sule mengesahkan bakal menantunya iaitu penyanyi Mahalini Raharja bakal memeluk agama Islam sebelum melangsungkan pernikahan dengan Rizky Febian.
Sule, 48, juga menegaskan berita tentang anaknya, Rizky sudah bernikah di Bali, Indonesia pada Ahad lalu adalah tidak benar. Sebaliknya acara pernikahan pasangan ini bakal berlangsung di Jakarta pada 8 Mei ini.
"Berita yang tersebar tentang adanya majlis resepsi adalah tidak benar. Selepas ini baru akan ada acara pernikahan.
"Mahalini akan berpindah agama dan keluarganya sudah izinkan. Kini sudah boleh bernikah mengikut cara Islam di Jakarta," katanya.
Sebelum ini, berita tentang perkahwinan antara dua penyanyi terkenal Indonesia tersebut hangat diperkatakan di media sosial selepas tular video kedua-duanya diraikan dalam satu majlis mengikut adat Bali.
Ramai yang mempersoalkan perkahwinan tersebut memandangkan mereka berbeza agama dan hukum perkahwinan berbeza agama adalah haram di sisi agama Islam dan tidak diiktiraf.
Sebaliknya, acara yang tular itu merupakan upacara ‘mepamit’ yang diadakan di kediaman Mahalini iaitu di kawasan Banjar Aseman Kawan, Desan Tibubeneng, Bali.
Guys !!!
— Jaxon S.ked.🦩 (@jaxonmanoban) May 5, 2024
Dari Bapak Sule nya sendiri -ayah Rizky, sudah Speak up yah. Bahwa Mahalini Raharja di acara hari ini itu udh dapat izin untuk pindah agama
Atau yg bisa disebut Mepamit. Klen jangan ribut2 lagi PLS. Apalagi tadi ada yg nyumpahin macam2 ya Allah https://t.co/cyByVEwgGw
Menurut Sule, upacara ‘mepamit’ tersebut juga menandakan bahawa Mahalini akan berpindah agama dan boleh mendirikan rumah tangga.
“Jadi ini adalah acara mepamit pamitan dari keluarga dan juga leluhurnya (nenek moyang) Lini (Mahalini) bahawasanya Lini akan berpindah agama dan sudah diizinkan dan diperbolehkan untuk menikah secara agama kami (Islam) nanti di Jakarta,” katanya.
Sule turut menjelaskan upacara mepamit turut dianggap sebagai adat meminang atau meminta izin keluarga untuk Rizky menjadikan Mahalini sebagai isterinya.
Sumber: X