Negeri Perlis? Apa Di Mana Itu? Judika Tak Kenal Perlis Semasa Konsert di KL

HIBURAN
October 23, 2023 - 05:25 PM


Baru-baru ini, Judika telah mengadakan persembahan Konsert Romantic Night – Judika & The Gang yang diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam kelmarin (21 Oktober).

Sepanjang persembahan untuk konsert pertamanya di Malaysia itu, penyanyi berusia 45 tahun berkenaan telah berjaya memukau para penonton dengan kehebatan vokalnya.

Bagaimanapun, ketika salah seorang penonton yang hadir memberitahu bahawa dia datang daripada Perlis, Judika kelihatan tercegang dan seolah-olah tidak pernah mendengari nama negeri yang berada di hujung Utara Malaysia itu.

@syfwpink Someone pls bawa Judika pergi Perlis kakdkjdjsjjss #romanticnightjudikaandthegang #judikaliveinkl ♬ original sound - syfw🐰

“Dari Sarawak, luar biasa. Dari mana lagi? Bilis? Dari mana? Perlis? Apa, di mana itu?” kata Judika.

Pun begitu, terdapat momen yang tular di media sosial semasa konsert berlangsung sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @syfwpink, Judika atau nama sebenarnya Judika Nalon Abadi Sihotang tidak mengenali negeri Perlis.

Kejadian ini berlaku semasa Judika sedang bertanya kepada penonton dari negeri mana mereka datang.

Setelah itu, Judika dengan segera bertanya mengenai penontonya yang hadir daripada negeri Pahang sambil kedengaran orang ramai tertawa kerana terhibur dengan pertanyaan penyanyi itu terhadap negeri Perlis.

“Pahang, mana Pahang?” soal Judika.

15 Tempat Menarik Bercuti Di Perlis Sempena Tahun Baru 2023 Ni!

Penyanyi kelahiran Sidikalang di Sumatera Utara Indonesia itu tidak boleh disalahkan sekiranya dia tidak mengenali Perlis memandangkan negeri kecil itu betul-betul berada di hujung utara Malaysia.

Kecantikan dan keindahan alam di Perlis sememangnya diketahui oleh rakyat Malaysia, namun ia tidaklah begitu popular di mata segelintir pelancong luar negara.

Mungkin kalau Judika pergi ke sana pasti dia akan jatuh cinta dengan kecantikan negeri Perlis..