Persatuan Islam Korea Lapor Daud Kim kepada Polis Susulan Pengumpulan Dana Haram

HIBURAN
May 13, 2024 - 02:50 PM


Pempengaruh dan Youtuber Korea Selatan, Daud Kim telah dilaporkan ke pihak polis atas dakwaan pengumpulan dana haram. 

Menurut sumber, Balai Polis Mapo, Seoul pada 12 Mei 2024, menyatakan bahawa aduan terhadap Daud Kim telah dibuat oleh Persatuan Islam Korea pada 8 Mei 2024.

Wakil Persatuan Islam Korea menjelaskan bahawa kesemua ahli dalam persatuan yang didaftarkan secara rasmi tidak dibenarkan mengumpul dana untuk sebarang tujuan. 

"Tindakan Encik A (Daud Kim) mengumpul dana adalah tindakan peribadi dan tidak berkaitan dengan persatuan ini," tegas organisasi itu.

Sebelum ini, Daud Kim telah mengadakan kutipan derma dengan alasan untuk membina masjid. Namun, usaha mualaf tersebut dianggap tidak sah dan dipercayai mengandungi unsur penyelewengan. 

Ini kerana, dalam peruntukan Undang-undang Derma Korea, kutipan derma yang melebihi 10 juta Won wajib didaftarkan kepada kerajaan. Walau bagaimanapun, kutipan tersebut tidak dilakukan Daud Kim.

Bukan itu sahaja, tindakannya ketika mahu mengumpulkan dana juga tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa memandangkan aktiviti mengumpul dana di Korea Selatan perlu mendapat kebenaran dari pihak yang sepatutnya.

Difahamkan, setakat ini Daud Kim telah berjaya mengumpul dana sehingga mencecah 180 juta won (RM 624,328). 

 

Sumber: Seoul News, Metro Lampung News

Destination: