Sajat Buat Hal Lagi? Kali Ini Dituduh Berhibur Sambil Minum Minuman Keras di Australia
HIBURANSejak berhijrah ke Australia nama Sajat kembali jernih, namun baru-baru ini Sajat sekali lagi terpalit kontroversi hingga dikatakan perosak agama oleh netizen. Sungguh cepat ya menghukum.
Menurut Sajat di dalam posting Instagramnya beliau menafikan segala tuduhan dan kecaman netizen yang menyifatkan dirinya sebagai perosak agama.
“Saya ke sini bukan buat apa, saya jadi pengintip sahaja,cari maklumat,"kata Sajat apabila dituduh minum arak di sebuah konsert terbuka di Australia.
Ramai yang mendakwa Sajat memegang cawan berisi minuman keras sambil berhibur dalam konsert tersebut.
Namun, Sajat menafikan dakwaan tersebut dan katanya ia sekadar minuman berkarbonat.
“Harap faham semua, menjadi seorang spy ini, kena lalui semua ini, saya kan sebagai Inspektor Shafikah watak filem Gerak-Gerak Khas (tetap nak kena ada tajuk kan).
“Korang (anda semua) apa tahu, aku cari maklumat. Penat lah semua benda nak korek pasal apa kita buat dekat sini. Menyampah kita,” selarnya.
“Sebab netizen ini mulut banyak, sampai stres kita baca komen. Kita ini cari maklumat, hujung kita dapat maklumat daripada netizen, benci,” - Sajat.