Teruja Sampai Bakar Mercun, Salman Khan Minta Peminat 'Behave'

HIBURAN
November 15, 2023 - 10:28 AM


Disebabkan perasaan terlalu teruja melihat artis kesayangan, sekumpulan peminat kepada seorang bintang Bollywood bertindak untuk membakar mercun di dalam panggung wayang.

Difahamkan, segelintir peminat tersebut merupakan peminat kepada Salman Khan. Mereka bertindak membakar bunga api di dalam pawagam sejurus melihat kemunculan aktor tersebut di skin.

Berdasarkan video yang tular di X, kelihatan ramai orang berada dalam keadaan panik ketika bunga api dinyalakan di dalam sebuah panggung wayang yang terletak di Malegaon, Maharashtra, India. 

Orang ramai kemudiannya dilihat berlari ketakutan ke pintu keluar apabila bilik yang gelap gelita tersebut menjadi terang dengan cahaya mercun dan percikan bunga api.

Kejadian tersebut menyebabkan filem terbaru lakonan Salman Khan yang berjudul Tiger3 terpaksa dihentikan tayangannya pada waktu itu. Memandangkan kes tersebut tular, Salman Khan sendiri bertindak dengan ‘bersuara’ di media sosial.

“Saya mendengar tentang bunga api di dalam teater semasa Tiger3. Ini bahaya. Mari kita nikmati filem ini tanpa membahayakan diri sendiri dan orang lain. Kekal selamat."

Menurut sumber, kejadian ini bukan kali pertama peminat pelakon Bollywood itu melakukan tindakan sedemikian. Pada tahun 2021, selepas pelancaran Antim: The Final Truth, kejadian peminat membakar mercun di dalam dewan pawagam juga pernah terjadi.

Haish, membahayakan nyawa betul! Nasib tak jadi macam kes wedding dekat Iraq dulu.

 

Sumber: Lobak Merah

Destination: