"Untuk Buat Konten" - Farah Lee Minta Netizen Berwaspada Dengan Daud Kim Tentang Isu Bina Masjid Di Korea

HIBURAN
April 18, 2024 - 12:32 PM


Bagi mereka yang meminati dunia hiburan Korea Selatan, pasti kenal dengan bekas penyanyi yang kini menjadi influencer Korea setelah memeluk agama Islam, Daud Kim. 

Berkongsi di laman sosial, Daud Kim mendapat perhatian ramai apabila mengumumkan bahawa dia bakal membina sebuah masjid dekat sebuah tanah lot di Korea yang telah dibelinya. Dia juga meminta bantuan netizen untuk menghulurkan derma bagi merealisasikan impian tersebut. 

"Saya akhirnya beli tanah untuk sebuah masjid di Korea. Impian saya bakal jadi kenyataan. Tolong bantu saya untuk bina masjid," tulisnya.  

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Daud Kim (@jaehan9192)

Bagaimanapun, perkongsian Daud itu telah menimbulkan kontroversi dikalangan orang ramai dan mendapat perhatian beberapa influencer beragama Islam yang tinggal di Korea. Salah satunya adalah, aktivis kemanusiaan dan influencer terkenal, Farah Lee. 

Menurut Farah di Instagram, dia menyarankan agar semua netizen tidak menyumbang kepada mana-mana akaun bank persendirian walaupun untuk tujuan agama dan amal. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Farah Lee (@farahlee_)

Hal ini kerana menurut Farah, pengumpulan sumbangan melalui akaun bank persendirian di Korea Selatan adalah haram dan jika ianya terbukti scam, agak sukar untuk penderma mendapatkan kembali wang mereka. 

Selain itu, Farah juga berkongsi tentang Daud yang dikatakan membeli tanah untuk membina bangunan bagi membuat konten.

"Paling terbaru, individu tersebut memberitahu seorang wartawan JBTC, “Saya merancang untuk membina bangunan yang boleh digunakan untuk tujuan membuat content, mungkin dengan membina ruang solat atau seumpamanya di dalamnya," tulisnya lagi.

Sebagai seorang yang berpengalaman dalam projek amal dan pengumpulan dana, Farah juga menekankan kepentingan menjalankan aktiviti itu dengan NGO yang berdaftar untuk memastikan pengurusan dana yang teliti dan audit yang tulus.  

Dalam pada itu, Ayana Jihye Moon, seorang hijabi Muslim Korea terkenal turut meminta agar netizen lebih berjaga-jaga sebelum memberi derma.

 

Sumber: Instagram

Destination: