Tips & Tricks Lengkap Kembara 12 Hari 10 Malam Ke Turki Dari Kuala Lumpur

March 25, 2022 - 04:08 PM


(Kuala Lumpur - Dubai - Istanbul - Trabzon - Uzungol - Ayder - Camlihemsin - Trabzon - Bursa - Istanbul - Dubai - Kuala Lumpur)

Alhamdulillah diberikan rezeki dan peluang untuk berkelana di destinasi berikut setelah dua tahun tidak dapat mengembara ke luar negara. Turki dipilih kerana bumi yang luas dan cantik di samping mata wang lira yang jatuh (1 lira = RM 0.29 - 0.34). Jika sangkut positif covid di sana, tidaklah risau untuk kuarantin tujuh hari berbanding di Eropah.

 

Kos kembara:

Penerbangan

  • Emirates (KUL – IST – KUL) : RM 1902
  • Pegasus (SAW – Trabzon – SAW) : RM 270
  • AIG Insurance (cover Covid-19) : RM 249

Penginapan

  • Hotel Emirtimes Tuzla : RM 331.59
  • Nova Uzungol : RM 307.56
  • Ayder Doga Resort : RM 434.17
  • Cimen Apart : RM 273.34
  • Life Point Hotel : RM 285.57
  • Artic Hotel : RM 305.39
  • Blue Sultan Apart : RM 681.73

Jumlah : RM 2619.35 / 3 : RM 873.11

  • Kereta sewa 5 hari + minyak : RM 385.30 + RM 147.79 / 3 : RM 177.69
  • Bas + makan (yang dibayar guna debit/credit) : RM 182.60
  • Tukar duit 2000 lira (tunai) : RM 685.68 (0.342)

JUMLAH KESELURUHAN : RM 4340.08

(tak termasuk shopping baklava, sejadah, turkish tea, baju, keychain)

Basic itinerary:

27.2.2022

  • Kul - Dxb - Ist by Emirates
  • IST - SAW by Havaist bus
  • Check in Emirtimes Tuzla Hotel
  • Dinner di Ayder Restaurant

28.2.2022

  • Check out
  • Free shuttle to SAW
  • Sabiha Gokcen - Trabzon by Pegasus
  • Cari kereta sewa
  • Trabzon - Uzungol (1 jam 30 minit)
  • Check in Nova Uzungol

1.3.2022

  • Cuaca berkabus
  • Seyir Terasi (view point)
  • Jalan-jalan sekitar tasik
  • Lepak di cafe (snowfall)

2.3.2022

  • Cuaca elok
  • Seyir Terasi
  • Kom Cafe
  • Masjid Uzungol

Check out

  • Uzungol - Ayder, Rize (2 jam)
  • Check in Ayder Doga Resort Hotel

3.3.2022

  • Layan view dari bilik
  • Check out
  • Firtina Valley
  • Zilkale
  • Ayder - Camlihemsin (30 minit)
  • Check in Cimen Apart

4.3.2022

  • Layan view dari apartment. Depan sungai
  • Check out
  • Camlihemsin - Trabzon (2 jam 30 minit)
  • Trabzon Castle
  • Check in Life Point Hotel
  • Trabzon Meydan

5.3.2022

  • Hantar kereta sewa di airport
  • Trabzon - Sabiha Gokcen by Pegasus
  • Sabiha Gokcen - Bursa by bus
  • Check in Artic Hotel
  • Kozahan
  • Iskender Kebapci
  • Sufi whirling Tasavvuf Vakfi Bursa

6.3.2022

  • Solat subuh di Ulucami
  • Kampung Cumalikizik
  • Kozahan
  • Check out
  • Bursa Otogar - Esenler (Istanbul) by bus
  • Check in Blue Sultan Apart

7.3.2022

  • Ortakoy
  • Arnavutkoy
  • Hagia Sophia
  • PCR test di All Nations TT Gulhane
  • Eminonu
  • Galata Bridge

8.3.2022

  • Balat/Fener
  • Grand Bazaar
  • Sirkeci
  • Ambil PCR report
  • Hamman bath di Sultan Suleyman Hamman

9.3.2022

  • Solat subuh di Masjid Hagia Sophia
  • Sultanahmet
  • Check out
  • Sultanahmet - IST by private transfer
  • IST - DXB by Emirates

10.3.2022

  • DXB - KUL by Emirates
  • PCR di KLIA
  • KUL - PEN
  • Home quarantine

View dari Seyir Terasi.

Cheese tarik dah tak boleh tarik sebab dah sejuk. Leka sangat bergambar.

Masjid Uzungol

Dapat free room upgrade di Ayder Doga Resort Hotel, Rize.

View dari tingkap bilik.

TIPS & TRICKS

1. Kembara ini hanya dirancang sebulan sebelum ke sana. Agak rushing juga sebenarnya tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

2. Tiket flight dibeli sebulan sebelum. Masa cari tiket, Qatar dalam RM 1700 dan Emirates RM1902. Sengaja pilih Emirates disebabkan tiket Emirates termasuk dengan insurans yang cover Covid-19. Lagipun nak rasa flight A380.

3. Selepas tiket KUL-IST dibeli, baru beli tiket ke Trabzon pula. Ada pilihan Pegasus dan Turkish Airlines. Harga lebih kurang sama. Pegasus dipilih kerana masa ketibaan dan berlepas yang lebih sesuai.

4. Selesai urusan tiket, pencarian hotel pula bermula. Seperti kebiasaan, mesti pening nak cari hotel dari segi harga, lokasi dan kemudahan. Kena rajin baca review.

5. Kos penginapan sebenarnya lebih murah sedikit kerana sepatutnya kami berempat tapi seorang tidak dapat pergi kerana menjadi kontak rapat Covid-19. Jadinya, kos penginapan dibahagi tiga orang saja.

6. Semua tempahan penginapan melalui Booking.com, hanya Hotel Artic di Bursa saja ditempah melalui Agoda.

7. Sediakan ubat-ubatan yang mencukupi seperti panadol, panadol extend, strepsils/difflam, ubat selesema,yoko-yoko dan lain-lain yang dirasakan perlu.

8. Saliva/nasal test kit agak mahal di Dubai (36 AED) dan Istanbul (100 lira), lebih kurang RM 30-40. Bawa ja banyak-banyak dari Malaysia.

9. Makanan pula hanya bawa serunding, sambal garing bilis, beras sedikit, nescafe, roti gardenia dan sos cili. Tak perlu banyak sangat, Turki mudah jumpa restoran halal.

10. Duit lira hanya tukar 2000 lira saja, memang nak guna kad debit/kredit di Turki. Kalau keluarkan duit di Turki pun masih untung berbanding tukar di money exchange. Jangan lupa set international withdraw sebelum berlepas.

11. Kalau ada buat itinerary, boleh email full itinerary dan nama & no passport pengembara kepada Kedutaan Malaysia di Turki. Senang untuk makluman pihak kedutaan.

Di Ayder Yaylasi.

Firtina Valley. Banyak jambatan lama macam ni di sepanjang jalan.

Zilkale. Hazab juga jalan ke sini. Sunyi.

View dari Cimen Apart, Camlihemsin.

Betul-betul tepi sungai. Kalau summer, best ni.

Di Camlihemsin penuh dengan ladang teh.

On the way ke Trabzon Castle.

Sufi whirling di Tasavvuf Vakfi, Bursa.

Cumalikizik, Bursa. Kampung sejak Ottoman Empire, kira-kira 700 tahun yang lalu.

TRABZON & RIZE

1. Setibanya di IST, terus naik bas ke SAW pula memandangkan esoknya ke Trabzon dari SAW. Hotel pun dekat dengan SAW dan ada servis free shuttle.

2. Sebaiknya online check in tiket Pegasus di web. Kami cuba guna check in kiosk di SAW malangnya mesin tu tak boleh scan passport kita. Kalau nak ke kaunter kena baris panjang. Nak jimatkan masa buat online check in di web.

3. Kereta sewa cari di airport Trabzon. Pergi ke satu persatu kaunter untuk check harga. Masa tu dapat paling murah di Wish Car Rental. 1225 lira untuk 5 hari, kereta KIA Picanto, full insurance dan unlimited KM. Kalau nak book awal dari Malaysia, cuba cari Elitcar Rental (tak perlu kad kredit) atau Avis.

4. Minyak di Turki agak mahal, rasanya 16 lira/liter. Isi full tank hari tu RM 148. Cukup untuk kegunaan 5 hari (+- 500 KM). Semasa pulangkan kereta ada baki minyak untuk 66 KM lagi.

5. Jalan raya ke Uzungol/Ayder rasanya okay ja. Tak perlu risau.

6. Uzungol sangat tenang dan cantik. Wajib pi Kom Café, viewnya mashaAllah. Jalan-jalan sekitar tasik/masjid dan banyak kafe di sana. Boleh cuba makan ikan (lupa nama) segar dari tasik, goreng bodo gitu pun dah sedap. Alhamdulillah, first time dapat pengalaman snowfall di Uzungol.

7. Ayder dan Camlihemsin ni satu jalan. Kalau nak pi Ayder akan lalu Camlihemsin dulu. Ayder cantik sungguh ala-ala Swiss pun ada juga, Camlihemsin pula tenang mendamaikan dan penuh dengan ladang teh.

BURSA & ISTANBUL

1. Sebelum naik teksi, wajib tanya pemandu sama ada guna meter tak. Minta guna meter, risau kena scam.

2. Nak pergi ke mana-mana destinasi, boleh guna Google Maps or apps Moovit. Sangat membantu, naik bas/tram/feri apa, no berapa semuanya ada dalam apps tu.

3. Sufi whirling (tarian sufi) di Tasavvuf Vakfi Bursa percuma, bermula 9 malam pada setiap hari kecuali hari Sabtu, mula pukul 10.30 – 11.00 malam (ada kuliah dulu).

4. Tudung sutera di Kozahan murah-murah juga tapi tak beli kat sana pun. Kami shopping souvenirs di Oriental Sal Gift Shop (area Gulhane Station). Tahun kedua shopping dekat kedai ini, memang menjadi hotspot rakyat Malaysia.

5. Mesti beli Bursa kart & kad Istanbul kart kalau guna public transport. Ada dijual di setiap stesen.

6. Alhamdulillah dapat solat subuh berjemaah di Ulucami Bursa dan di Ayasofia Cami di Istanbul.

7. Pengalaman menarik dapat cuba turkish/hammam bath di Sultan Suleyman Hamman, area Sultanahmet.

8. Apa pun masalah yang dihadapi di sana, bertanya saja kepada local. Walaupun cakap seperti ayam dan itik, mereka pasti membantu.

Kalau nak tengok full story, boleh lawati instagram @nizarlatif17

Arnavutkoy. Cantik perumahan di sini, bertentangan dengan selat.

Galata Bridge.

Balat/Fener.

Hagia Sophia selepas solat subuh. Lengang.

Perkongsian dari Nizar Latif

 

Destination: