Hard Rock Hotel Desaru Coast Johor Review, Gah Hanya Pada Nama?

July 27, 2020 - 07:01 PM


Kali ini untuk percutian hujung minggu destinasi pilihan kami adalah Hard Rock Hotel Desaru Coast. Sebuah hotel yang agak baru di Desaru, Johor. Kenapa dekat Desaru? Ok sepanjang dalam tempoh PKP-D, B, P memang ramai yang membayangkan nak lepak di tepi pantai, rasa air laut, main pasir pantai sambil bayu laut membelai, wahh heavennya. Jaid kami tunaikan untuk anda. Hehehe

Satu lagi sebab Desaru Coast terletak di persisiran Laut China Selatan jadi air laut semestinya jernih tak seperti air laut Selat Melaka membuatkan ianyasatu destinasi percutian yang sesuai selepas PKP.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Desaru mengambil masa lebih kurang 4 jam dengan pemanduan santai hujung minggu. Kalau naik bas kemungkinan akan ambil masa yang lebih, sebab seingat kami sebelum ini kam naik bas ke mersing dulu pun dekat 6 jam kalau tak silap.

Setibanya di perkarangan hotel Hard Rock Desaru, hati kami dah melonjat menunjukkan perasaan teruja lagi-lagi bila nampak ikonik berbentuk gitar yang agak sinonim dengan Hard Rock.

Seperti biasa sebelum check in kami luangkan masa sekejap di luar Hard Rock memandangkan hari dah makin gelap nanti tak cantik pula nak bergambar dengan gitar besar tu. Langit membiru pula menambahkan lagi keadaan yang cukup tenang waktu itu.

Ambiance

Ambiance semasa melangkah masuk ke dalam lobby hotel memang signature Hard Rock Hotel sangat, tambahan pula layanan staff yang cukup friendly membuatkan kepenatan memandu jauh dari Kuala Lumpur hilang serta merta. Bermula dari staff yang ditugaskan untuk mengambil bacaan suhu dan receptionist memang banyak membantu. Service yang diberikan memang kelas A. Good Job kepada mereka.

Check-in

Proses mendaftar masuk agak lancar walaupun kami lupa nak sediakan deposite untuk 2 malam tapi kami masih lagi dibenarkan untuk mendaftar masuk. Sesetengah hotel memang tak bagi.

Bilik

Bilik kami terletak di tingkat 6 menghadap swimming pool. Keadaan bilik memang bersih dan telah pun disanitasi. Setakat itu, SOP yang diterapkan oleh kerajaan semuanya dipatuhi dengan sempurna.

Kami sampai dalam jam 7.30 malam sebab kami luangkan masa di Johor Premium Outlet dekat separuh hari. Dah siap solat jamak,kami rehat seketika dalam bilik sampai tak sedar dah jam 10 malam. Maklumlah tilam sangat selesa kan.

Perut pula mula berbisik sopan menandakan dah lapar. Seperti kita sedia maklum PKPP masih lagi berjalan jadi service hotel pula hanya sampai jam 10 malam sahaja. Apalagi ambil kunci kereta terus cari kedai di sekitar Bandar Penawar.

Makan Malam di Restoran Warisan

Lucky us, ada banyak kedai yang buka sehingga lewat malam di sekitar sini. Ada yang dah mula beroperasi 24jam. Jadi korang yang sejenis makan lewat tak perlu risau. Restoran Warisan dibuka 24jam. Rasa pun boleh tahan sedap.

Hari kedua kami hanya habiskan masa dekat hotel menikmati percutian ini sepenuhnya. Breakfast hari kedua seperti biasa kami ketinggalan sebab bangun lambat. 

Makan Tengah Hari di Hotel

Lunch hari kedua dekat hotel, harga memang taraf hotel 5 bintang (boleh dapat 20% kalau ada kad maybank), cuma dari segi rasa agak mengecewakan atau memang selera kami tak kena dengan orang Johor pun mungkin juga. Cuma apa yang kami boleh puji sekali lagi staff dia sangat awesome.

Minum Petang di Cafe dan The Elephant and The Butterfly Desaru

Memandangkan kami malas nak keluar ke pantai sebab kena naik bas ke Westin Hotel jadi aku lepak dekat kafe dan The Elephant and The Butterfly Desaru sambil berenang jer. Kafe yang pertama kami singgah dekat dengan restoran kami lunch tadi. Coffee dia superb! Korang wajib try bukan biasa-biasa.

Semasa dekat Butterfly & Elephant kami order kentang goreng dan moktail. Well not bad lah.

Swimming Pool

Ini agak mengecewakan, mengikut SOP hanya 30-35 orang sahaja dibenarkan masuk dalam kolam setiap sejam, this is okay. Cuma masalahnya air dalam kolam agak keruh, sangat keruh dan ada bau yang tak menyenangkan. Jakuzi di tutup mungkin sebab SOP baharu.

Satu lagi swimming pool hanya ada satu dan ianya terpaksa dikongsi antara orang dewasa dan kanak-kanak. Jika dibandingkan dengan Hard Rock Hotel Penang memang jauh ketinggalan. View pun menghadap hutan which is at the first place orang datang bercuti di Desaru Coast untuk menikmati pantai.

Dari segi positif yang kami boleh puji sekali lagi adalah staff mereka yang sangat friendly dan helpful.

Makan Malam di Nelayan Seafood by The Coast

Hari kedua kami keluar dinner seafood dekat restoran nelayan, biasalah bila datang tepi laut ni nak juga merasa makan seafood. Lagipun restoran ni mendapat review yang baik dekat google. Terletak lebih kurang 5 minit pemanduan dari HRH Desaru, hidangan makanan laut di sini memang segar ada banyak pilihan. Malam itu aku pilih lobster, ketam dan sotong. Dari segi harga memang berpatutan tetapi dari segi rasa biasa jer.

Rock Shop

Bagi mereka yang suka kumpul barangan Hard Rock macam aku, korang mesti akan habiskan banyak duit di sana sebab kat sini banyak design baju yang menarik, cutting pula memang cutting orang asia.

Sarapan Pagi

Hari terakhir barulah berpeluang untuk breakfast dekat hotel. Bagi mereka yang masih tidak tahu bermula dari PKP lagi hidangan secara buffet tidak lagi diteruskan di mana-mana hotel. Situasi sekarang mereka akan hidangkan, dan korang akan ambil apa yang dihidangkan. Bagus juga kurang sikit pembaziran. Mengenai sarapan pagi di HRH Desaru pun agak mengecewakan. Nasi lemak bungkus tu kalau nak ikutkan lagi sedap nasi lemak yang korang beli tepi jalan. Memang tak ada taraf hotel 5 bintang. Pilihan juga tak banyak cuma yang selamatkan keadaan adalah staff mereka yang awesome.

Check-out

Kat sini tak ada express check-out. Ambil masa sehingga 15-20 minit untuk check-out sebab orang ramai dan SOP yang pertu dipatuhi. Walaupun ambil masa yang lama, staff yang bertugas masih lagi membantu untuk memudahkan pelanggan mereka dari segi tawaran untuk validated kad touch N go.

Apa yang aku boleh katakan staff mereka sepanjang aku dekat sana tak lekang dari senyuman dan sedia membantu pelanggan mereka sedaya yang boleh.

Secara keseluruhan, aku boleh katakan percutian ini bukanlah totally suck. Aku masih boleh rileks dan menikmati detik-detik indah sepanjang percutian.

Selain itu banyak lagi yang korang boleh buat dekat sini sebenarnya. Ada taman tema, spa, pantai desaru dan macam-macam lagi lah. Cuma sejak kami dah dewasa ni nak buat semua aktiviti dalam masa 2 hari memang semput habis lah. Satu lagi disebabkan norma baharu banyak aktiviti yang pihak hotel tidak dapat sediakan untuk memaksimumkan keseronokan korang.

Rating

  • Bilik - 4 star
  • Kebersihan - 4 star
  • Harga - 4 star (Berpatutan)
  • Lokasi - 2 star
  • Ambience - 3 star
  • Kemudahan (Swimming Pool) - 2 star
  • Kemudahan (Parking) - 3 star
  • Perkhidmatan (Staff) - 5 star
  • Food (Cafe) - 4 star
  • Food (Breakfast & Lunch) - 2 star
  • Food (Butterfly & Elephant) - 3 star
  • Check-in - 4 star
  • Check-out - 2 star
  • Rock Shop - 5 star

Destination: