[Hotel Review] Lazenda Hotel, Labuan
Lazenda Hotel merupakan sebuah hotel yang terletak di Lazenda Centre, Jalan OKK Abdullah, Labuan dan kalau tengok dari segi kedudukan, boleh dikatakan ianya berdekatan dengan Pusat Bandar Labuan.
Jarak antara Lapangan Terbang Labuan ke hotel hanyalah 5 minit atau jaraknya hanya 1.7 kilometer, Terminal Antarabangsa Labuan pula hanya 500 meter dari hotel dan pusat beli belah terdekat sekitar 300 meter. Jangan tak percaya ye, Labuan ada satu sahaja shopping mall iaitu Financial Park.
Berbalik pada Lazenda Hotel ni, baru – baru ni berpeluang untuk bermalam disini. Dua malam kami di Lazenda Hotel sempena Borneo Arts Festival 2019 dan alang – alang, kami nak review sikit lah hotel ni.
Macam biasa, review hotel kami akan gunakan kriteria yang digunapakai dalam rancangan realiti Hotel di Netflix iaitu Instant Hotel. Kriterianya adalah Hotel, Lokasi dan Tarikan, Susun Atur dan Pengalaman Bermalam dan terakhir Value For Money. Setiap kriteria ni, markah penuh adalah 10.
Tanpa membuang masa, jom kita tengok satu – persatu kriteria tersebut di Lazenda Hotel.
Hotel – 8.5
Vibe hotel tu memang ada pada Lazenda Hotel ni walaupun ia terletak di tengah – tengah bandar. Dari segi hiasan dalaman dan konsep, ia membawakan sesuatu yang moden dengan sedikit sentuhan Borneo.
Apa yang kurang adalah lokasi dia yang berdekatan dengan jalan utama dan pusat hiburan (bar dan pub) kadangkala, boleh dengar muzik atau deruman kereta yang lalu lalang.
Ada 172 buah bilik dan 38 suites untuk dipilih dan bagusnya tentang hotel ini ia adalah hotel yang bebas rokok. Maksudnya kesemua bilik adalah smoking free. Kawasan merokok disediakan di luar hotel.
Ada 6 jenis bilik yang korang boleh pilih di Lazenda ni dan kesemuanya boleh dikatakan luas dan sesuai untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak – kanak bermula daripada bilik standard dengan sebuah katil bersaiz king RM189 (Agoda), Bilik Deluxe dengan pilihan sebuah katil king atau 2 katil single, bilik Superior King, Suites dengan pilihan katil king atau dua katil single, junior suites dan juga bilik Executive Suites.
Disebabkan pantai agak jauh, bilik yang ditawarkan disini ada street view ataupun city view sahaja.
Lokasi / Tarikan – 9
Kami berikan markah 9 untuk lokasi. Sebabnya, kedai 24 jam terletak agak jauh dan perlu berjalan kaki sekitar 300 meter. Selain pada itu, kedai mamak 24 jam ada terletak di di blok berhadapan hotel, dobi layan diri dan macam kami cakap tadi, jarak untuk ke shopping mall pun dekat.
Sekiranya korang nak habiskan masa di bandar Labuan dan taknak ambil hotel yang jauh, Lazenda adalah pilihan yang terbaik.
Macam yang kami cakap tadi, untuk ke Lapangan Terbang hanya 1.7 kilometer, ke Terminal Feri 500 meter dan boleh dikatakan lokasi yang agak strategik dengan kemudahan parkir yang agak luas dan banyak sekitar hotel.
Keselesaan / Tidur – 9
Macam yang kami cakap awal tadi, hotel ni sesuai untuk semua golongan dan ia ada sediakan 6 pilihan bilik.
Pengalaman tidur kami, untuk bilik standard amatlah selesa. Kemudahan di bilik pun sangat memuaskan. Ada disediakan iron dan board selain tandas yang boleh tahan besar sebenarnya. Ruang bilik pun tidak terlalu sempit dan kalau berjalan berdua dengan kawan, selesa sangat.
Susun atur dalam bilik macam biasa lah, satu katil akan dapat tingkap, lagi sebuah akan berada di belah dalam sikit. Disediakan jugak sebuah kerusi / single untuk bacaan dan ada meja dan kerusi in case korang nak buat kerja.
Dari segi fasiliti hotel, ada gym dan spa (akan datang) selain itu ada juga disediakan dewan banquet kalau nak buat majlis atau seminar.
Value For Money – 8
Markah yang boleh lah dari kami. Sebabnya, dengan harga yang ditawarkan, serta perkhidmatan yang kami dapat sepanjang berada disana sangat tip-top. Kedai makan ada didepan dan café hotel pun ada. Jadi tak perlu keluar jauh kalau lapar.
Kedua, kalau diikutkan lokasi, dekat dengan bandar dan sebagainya berkemungkinan harga hotel lain mahal lagi. Ataupun ada hotel yang murah, tetapi mungkin tidak akan mendapat perkhidmatan dan keselesaan seperti di Lazenda.
Kurangnya dihotel ini adalah; lif dia ada dua sahaja dan boleh tahan lama nak menunggu. Kedua, tandas di lobi tidak mesra pengguna (tak ada paip ), tiada kolam renang. Lain – lain pada itu, kami sangat berpuas hati dengan penginapan 2 malam kami di Lazenda Hotel Labuan ni.
Secara keseluruhan, kami rasa amatlah rugi kalau korang ke Labuan dan tidak menginap di hotel ini. Satu, harganya murah dan selesa kedua, perkhidmatan yang sangat baik disediakan disini. Ketiga, makanan di hotel ini sedap!
Maklumat lanjut boleh ke laman web hotel : www.lazendahotel.com