Istana Lama Penyeri Terrapuri Heritage Village, Setiu, Terengganu

November 05, 2019 - 04:03 PM


Terrapuri (The Land of Palaces) menampilkan rumah – rumah klasik yang mempunyai ciri-ciri seni binaan tradisional. Resort yang terletak di Kampung Mangkuk, Setiu ini merupakan projek pemuliharaan dan pembaikpulihan rumah melayu asli Terengganu dan Kelantan.

Mempunyai 29 unit rumah yang rata – rata berusia antara 200 hingga 250 dahulu. Secara keseluruhan, susunan villa di resort ini mengambil inspirasi daripada sususan Istana Terengganu pada abad ke-17, termasuklah dengan persekitarannya.

Menariknya di resort ini, dari 29 unit rumah melayu klasik tersebut, 22 daripadanya digunakan untuk penginapan, selebihnya adalah unit perkongsian yang terdiri daripada bilik bacaan, ruang makan, lobi resort dan lain – lain.

Kesemua unit vila di Terrapuri ini merupakan rumah asal yang telah di beli dari pemilik asal rumah, dibaiki dan ‘dipamerkan’ di sini. Disebabkan ingin mengekalkan keaslian seni bina tradisional melayu, kesemua unit vila ini dibina tanpa menggunakan paku. Ia menggunakan ciri seperti berpasak, tanggam dan dibuka satu persatu dari tempat asal dan dipasang dan dibaikpulih disini.

Kalau dilihat, ada pelbagai jenis rumah tradisi melayu lama dan ada juga istana lama dan ia menjalani proses restorasi yang berterusan yang juga merupakan fokus utama pihak Terrapuri iaitu konservasi dan minat terhadap seni bina melayu tradisional.

Buat masa sekarang, hanya 15 buah villa yang digunakan sebagai rumah penginapan. Dari segi harga, unit paling murah adalah RM529 untuk dua orang satu malam dan paling mahal adalah berharga RM1299.

Pengalaman kami bermalam disini, apa yang kami boleh katakan, persekitarannya saling tak tumpah macam filem klasik istana tetapi menawarkan percutian dan vila yang serba mewah. Setiap vila dilengkapi dengan pendingin hawa dan kipas. Tiada televisyen, dan dengan ini, kita lebih menghayati dan menghargai kecantikan seni bina tradisional.

Perabot yang digunakan pun menambahkan elemen klasik yang ingin diketengahkan. Setiap rumah, susun atur dan dekorasinya berlainan dan unik ye. Setiap vila pun berlainan antara satu sama lain.

Jom tengok suasana di Terrapuri ni :

 

Lokasi : Terrapuri Heritage Village, Kampung Mangkuk, Penarik, Setiu, Terengganu.

 

Destination: