Peluang Travel Jimat di Hong Kong! Kini Harga Bilik Serendah RM38 Semalam

September 25, 2019 - 05:06 PM


Baru-baru ini Hong Kong dilanda protest yang cukup hebat oleh penduduk Hong Kong yang telah menyebabkan industri pelancongan terjejas dengan teruk di sana. Kebanyakkan pelancong mula berasa takut untuk ke Hong Kong buat masa ini. 

Oleh itu, perniagaan hotel di Hong Kong mengalami kerugian kerana kedatangan pelancong yang kurang. Malah, harga hotel jauh lebih murah berbanding dengan harga sewaan rumah flat di sana.

Justeru itu, pengusaha hotel di Hong Kong mencadangkan agar pihak kerajaan Hong Kong dapat membenarkan pajakan jangka panjang dan juga jualan bilik hotel bagi menyelesaikan masalah perumahan di Hong Kong.

Walaupun kebanyakan hotel-hotel di Hong Kong menawarkan harga yang murah serendah HK$71(~RM37.89) tetapi pelanggan masih tidak lagi ramai seperti dahulu. Walaupun pengusaha hotel telah memotong harga, tawarkan harga untuk ‘staycation’ , dan meminta pekerja bercuti tanpa gaji, ternyata langkah tersebut tidak memberikan kesan positif dalam industri perhotelan.

Jika berterusan begini, kemungkinan hotel-hotel tersebut tidak akan dapat beroperasi kelak kerana tidak mempunyai dana yang secukupnya untuk beroperasi. Malah, walaupun harga yang ditawarkan murah tetapi tiada permintaan daripada pengunjung, ia tetap satu kerugian kepada pihak hotel.

Lebih-lebih lagi, selama ini Hong Kong bergantung kepada pelancong dari tanah besar China dan oleh kerana protes yang berpanjangan, penduduk China mencari destinasi alternatif lain untuk melancong seperti Macao.

Destination: