Majestic Hotel Ipoh Bakal Dibuka Semula 2023

January 31, 2020 - 10:57 AM


Ipoh, Perak sememangnya terkenal dengan bandar yang mempunyai banyak bangunan bersejarah dan salah satu daripadanya adalah Stesyen KTMB Ipoh sekarang ini. Mendapat jolokan ‘Taj Mahal Ipoh’, bangunan yang direka oleh Arthur Benison Hubback.

Sebelum kita cerita pasal hotel; Arthur Benison Hubback ini merupakan seorang arikitek dan juga askar yang terlibat dalam mereka bentuk bangunan – bangunan British sewaktu mereka berkuasa di Malaya. Antara bangunan yang mendapat sentuhannya adalah Bangunan Sultan Abdul Samad, Carcosa Seri Negara, Masjid Jamek dan banyak lagi bangunan sehinggalah yang terakhir iaitu Stesyen Kereta Api Ipoh dan tak ramai yang tahu, sebenarnya stesyen ini berkongsi bangunan dengan sebuah hotel iaitu The Majestic Station Hotel, Ipoh.

Beroperasi selama 76 tahun, Hotel The Majestic Station ini bermula dengan 30 bilik dan selepas beberapa siri naik taraf, hotel ini mempunyai 100 buah bilik dan mempunyai pelbagai kemudahan selain menjadi pilihan ramai kerana lokasinya yang sangat strategik.

Kali terakhir hotel ini beroperasi adalah Mac tahun 2011 dan selepas itu, ia menjadi ‘bangunan tinggal’ namun keadaan lobi dan beberapa hiasan lain masih kekal utuh.

Dijenamakan Sebagai Grand Majestic Hotel

Hotel ini bakal dibangunkan semula selepas sebuah perjanjian ditandatangani oleh Railway Assets Corporation (pemilik sekarang) dan dianggarkan melibatkan pembinaan bernilai RM108.3 juta dan bakal dijalankan dalam dua fasa.

Lobi Majestic Kuala Lumpur

Fasa pertama bakal bermula dalam jangkamasa tahun ini dan ia melibatkan kerja – kerja renovasi dan mencantikkan kembali hotel dan stesyen kereta api berkenaan. Fasa kedua pula akan melibatkan pembinaan blok baharu dengan penambahan 200 buah bilik, sebuah ballroom utama dan dewan yang bolem memuatkan 1,000 tetamu.

Ballroom Utama - The Majectic KL

Buat masa ini, belum ada gambaran rupa bentuk hotel ini nanti. Apa yang kami jangkakan, ia akan mengambil konsep yang sama atau hampir sama dengan Hotel Majestic yang ada di Kuala Lumpur.

Destination: