3 Homestay Terbaik Di Genting Highlands Untuk Percutian Korang

February 25, 2021 - 03:11 AM


Bersempena dengan pengumuman Genting SkyWorlds yang bakal dibuka tidak lama lagi, korang mesti tengah plan atau teringin nak pergi ke sana kan? Bila dah ada di sana, sudah tentu korang inginkan lokasi penginapan yang selesa dan cantik. Jangan risau, ini adalah 3 homestay terbaik yang korang boleh pilih di Genting Highlands. 

 

1) Windmill Cozy Vintage Homestay

Lokasi ini sangat sesuai sekiranya korang datang secara berkumpulan. Maksimum di homestay ini adalah 5 orang, memang sangat cantik kerana ianya terletak di Windmill Genting. Jadi korang boleh lihat pemandangan bukit bakau di beranda korang. 2 bilik tidur dan korang boleh akses fasiliti seperti pool dan gym di sini.

Alamat: Jalan Permai 2, Genting Permai Avenue, 69000 Genting Highlands, Pahang

Airbnb

 

2) D'Pine Villa

Homestay ini merupakan sebuah banglo yang terletak di dalam kawasan perumahan. Jangan risau, ada sekuriti di sini. Ianya sangat sesuai untuk korang yang datang secara berkumpulan dalam 30 orang kerana keluasannya. Ada juga private pool yang korang boleh guna.

Alamat: 86 Jalan Rimba 1, Taman Puncak Rimba, Genting Sempah, 28750, Pahang, Malaysia

Laman Web | Facebook Instagram | Airbnb

 

3) Bird of Paradise Villa

Okay, ini merupakan sebuah villa mewah di tapak Genting Highlands yang dikelilingi oleh pokok-pokok menambahkan lagi suasana tenang di sini. Boleh memuatkan sehingga 16 orang, villa ini mempunyai 2 ruang tamu yang sangat besar dan korang boleh mandi di infinity pool dan outdoor jacuzzi!

Alamat: 65, Jalan Rimba 2, Taman Puncak Rimba, Genting Sempah 28750 Pahang Tua, Malaysia

Laman Web | Facebook

 

Rancang Percutian Korang Dengan Betul

Sekarang ni kita dalam pandemik, jadi kalau boleh korang rancang percutian korang dengan betul kerana kita sendiri tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang kan. Dan jangan lupa untuk terus mengikuti segala SOP yang telah ditetapkan oleh setiap premis ni okay? Have fun!

Destination: