3 Hotel Di Kuala Lumpur Yang Ada Kolam Renang Air Masin

April 06, 2021 - 05:48 PM


Bila check in hotel, mesti ramai yang akan tak sabar nak terjun dalam kolam, sama ada solo travel ataupun yang berkeluarga. Kita bernasib baik kerana cuaca tropikal di Malaysia yang memberikan kita peluang untuk menikmati ketenangan berenang atau berendam dalam kolam renang hampir setiap hari. 

Namun, air yang tenang jangan sangka tiada buaya... hehe. Ramai yang tidak tahu bahawa klorin yang digunakan di dalam kolam renang mempunyai kesan terhadap tubuh manusia, terutama sekali di bahagian kulit, rambut, dan mata. Sebab itu lah, kolam renang air masin menjadi pilihan yang lebih sihat, untuk staycation yang lebih berkualiti. 

Air masin dengan klorin semulajadi memberi kesan yang lebih lembut kepada kulit, mata, dan rambut. Selain itu, air masin turut menjadi trend untuk mereka yang mempunyai asma, dan masalah alahan, kerana air garam membantu pernafasan serta tidak mencetuskan alahan. 

Berikut adalah 3 hotel di Kuala Lumpur yang menggunakan air masin di dalam kolam renang mereka: 

Four Seasons Hotel - Kuala Lumpur


Hotel yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ini sesuai bagi mereka yang mencari staycation mewah. Terletak di Jalan Ampang, hotel ini mempunya kolam air masin dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas yang sangat sejuk mata memandang. Sangat aman untuk korang recharge.

The Gardens Hotel - A St Giles Signature Hotel, Kuala Lumpur

Hotel yang terletak di tengah-tengah Mid Valley City ini sesuai bagi mereka yang mencari penginapan yang dekat dengan kedai-kedai berjenama. The Gardens Mall yang penuh dengan kedai barangan berjenama terletak di bangunan yang sama, jadi korang boleh staycation sambil membeli belah!

Kolam renang di The Gardens Hotel juga sangat luas dan terdapat siaz kanak-kanak, jadi korang tak perlu risau kalau nak bawa sekeluarga untuk stay sini. 


Concorde Hotel Kuala Lumpur Kuala Lumpur


Concorde Hotel Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Sultan Ismail menawarkan kolam dewasa dengan kedalaman 1.2m dan 0.6m untuk kolam kanak-kanak. Yang lagi seronok tentang Concorde Hotel ni ialah mereka menyediakan fasiliti yang lengkap untuk rekreasi keluarga, dan di sebelah kolam renang pun ada sebuah bar untuk menjamu selera selepas penat bermain dengan air. 

Hotel-hotel yang menggunakan air masin sentiasa mengekalkan kebersihan air, dan mengimbangi tahap pH, garam, dan klorin semulajadi bagi memastikan kolam kekal bersih dah selamat. Jadi, korang dah boleh check out hotel-hotel ini untuk staycation yang berkualiti! 

Sumber: The Versatile Online Media 

Destination: