5 Hotel Tertua Di Dunia, Masing – Masing Ada Sejarah Tersendiri

October 24, 2019 - 03:44 PM


Setiap destinasi,sesetengah dari kita pasti akan suka atau ‘kejar’ cerita disebalik tempat tersebut dan pastinya di setiap destinasi kita akan cari tempat penginapan.

Sebagai contoh, Malaysia ada hotel terbesar di dunia iaitu Hotel First World di Genting Highlands dengan jumlah bilik sebanyak 7,351 dan ia diikuti oleh The Vanetian di Las Vegas dengan 7,117 buah bilik dan MGM Grand Las Vegas, sebanyak 6,852.

Kalau cerita hotel besar, memang ‘king’ nya adalah tiga hotel diatas. Tapi, kalau nak sembang ‘otai’ atau hotel paling lama beroperasi, ini dia. 5 Hotel Tertua di dunia :

#1. Nishiyama Onsen Keiunkan

Terletak di kaki gunung Akaishi dan terkenal dengan penghasilan air panas dari sumber mata air bumi di Hakuho, Hotel Keiunken ini telah diuruskan selama 52 generasi dari keluarga yang sama.

Ia tercatat di Guinness World Records sebagai hotel tertua di dunia dan juga perniagaan yang paling lama beroperasi. Kalau nak diikukan tarikh, ia mula beriperasi pada tahun 705 lagi. Tahun pun masih tiga angka.

Disebabkan hotel ini dah wujud lama, kolam air panas di sini pernah dijadikan tempat mandi oleh samurai sebenar zaman dahulu dan juga Tokugawa Ieyasu, shogun pertama di Jepun.

Lokasi : 409-2702 Yamanashi, Minamikoma District

Harga Per Malam : RM2000 +/-

 

#2. Hoshi Ryokan

Menurut lagenda, hotel yang dibuka pada tahun 718 ini asalnya dibina oleh seorang sami Buddha atas arahan dewa mereka dan ia dibina diatas sebuah mata air panas. Disebabkan sami tersebut sangat sibuk, anak muridnya Garyo Houshi ambil alih dan berjaya membina sebuah hotel.

Sehingga sekarang, hotel ini dikendalikan oleh keluarga Garyo sendiri dan menariknya 46 pemilik terakhir hotel ini mempunyai nama Zengoro Hoishi.

Lokasi : 46 Awazumachi, Komatsu, Ishikawa 923-0000, Japan

Harga Per Malam : RM600 +/-

 

#3. Zum Roten Baeren

Terletak di bandar Freiburg, Germany, Zum Roten Baeren merupakan hotel yang tertua di Eropah dan ia sebenarnya lebih tua dari bandar Freiburg sendiri. Dari segi sejarah pula, hotel ini jadi saksi ketika berlakunya Perang Dunia Pertama dan Kedua, Perang 30 tahun dan Black Plague (wabak hitam) yang mana meragut nyawa lebih daripada 200 juta orang dari tahun 1347 hingga 1351.

Kini, hotel ini telah berubah tangan kepada 51 orang pemilik dan masih mengekalkan simbol dan nama yang seperti didaftarkan dalam dokumen pada 1387. Menurut kisah, aras bawah hotel ini masih mengekalkan artwork yang sama dan juga seni bina yang sama seperti mana ia dibuka pada tahun 1120.

Lokasi : Oberlinden 12, 79098 Freiburg im Breisgau, Germany

Harga Per Malam : RM 630 +/-

 

#4. The Old Bell

Hotel Old Bell di bandar Malmsesbury, UK ini mula beroperasi sejak tahun 1135 dan pernah menjadi tempat mesyuarat Winston Churchill dan Dwight D. Eisenhower ketika Perang Dunia Ke-dua.

Difahamkan, terdapat terowong rahsia dari hotel (masih kelihatan sehingga hari ini) dan dilaporkan ia dibina pada abad ke-17, untuk menjatuhkan James II.

Lokasi : Abbey Row, Malmesbury SN16 0BW, United Kingdom

Harga Per Malam : RM645 +/-

 

#5. Angel & Royal

Dibuka pada tahun 1203 di Grantham, UK, sebelum ini ia dikenali sebagai Angel Inn dan hotel ini menjadi ‘port’ persinggahan yang popular kepada mereka yang ingin ke Edinburgh dari London.

Pernah diinap oleh beberapa orang raja seperti John, Richard III, Edward III, Charles I dan juga George IV. Disebabkan oleh ini, perkataan ‘royal’ ditambah pada nama hotel ini dan ia berlaku pada tahun 1866 selepas Putera Wales, Edward dan warisnya menginap di hotel berkenaan.

Alamat : High Street, Grantham NG31 6PN, United Kingdom

Harga Per Malam : RM 281 +/-

Tunggu perkongsian seterusnya ye, kami akan kongsikan hotel tertua di asia pulak.