The Acres Resort - Resort Moden Dan Stylish Di Pahang
Biasanya orang Malaysia suka pergi bercuti di lokasi-lokasi yang mempunyai seni bina kampung klasik. Ini kerana kebanyakan dari mereka bekerja di kawasan bandar dan ingin lari dari kesibukan kota tersebut. Tapi, kalau korang jenis yang sukakan design moden dan inginkan privasi, korang boleh datang ke The Acres Resort yang terletak di Pahang ni.
Dibina di Kampung Bukit Tinggi, resort ini memang sangat cantik, sleek, dan unik. Biasanya design macam ini seringkali digunakan untuk rumah-rumah yang berharga jutaan us dollar di Amerika tau. Malah siap ada infinity pool lagi depan bangunan tersebut membuatkan resort ini nampak seperti rumah pelakon Hollywood yang kaya raya.
Terdapat 4 jenis bilik yang korang boleh pilih mengikut kesesuaian korang dari Double Room hinggalah ke Family Room. Tapi kalau korang datang sini untuk chill dengan family korang, ambil la Sunrise Chalet yang boleh memuatkan 8 orang. Terdapat katil king-size, queen-size, dan satu katil sofa. Dan kebanyakan bilik di chalet ini ada balkoni tersendiri tau.
Selain tu terdapat juga tarikan menarik seperti bilik karaoke, bilik permainan untuk kanak-kanak, dan korang juga boleh bawa anak korang berjumpa dengan kuda di mini zoo mereka. Ada juga aktiviti untuk anak-anak pada cuti sekolah seperti memancing, honey tasting, dan organic farming. Untuk info lebih lanjut, korang boleh pergi ke laman web di bawah.
Alamat: Lot 28431, Kampung Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang