Airbnb Ini Mempunyai PS5, Racing Rig, Dan Internet 500MBPS Untuk Gamers Di Luar Sana

May 19, 2021 - 05:14 PM


Untuk korang yang tak tahu, stok PS5 sekarang ni memang sangat terhad. Hanya orang-orang yang bertuah sahaja dapat beli gaming console tersebut. 

Jadi untuk melepaskan gian korang yang tak sempat nak beli tu, apa kata korang duduk di Airbnb Soloz x SmartHome Gaming House yang terletak di Shah Alam.

Di dalam rumah ni, korang boleh enjoy PS4, PS5, racing simulator (beserta stereng), dan juga internet berkelajuan tinggi pada 500mbps.

Kena dengan tema gaming, kebanyakan kerusi di dalam rumah ini menggunakan gaming chair. So korang boleh lepak bersama rakan-rakan korang macam di cc (cyber cafe) dulu-dulu.

Bukan tu je, rumah ini juga dilengkapi dengan sistem Popsical Karaoke Set, so dah penat main game tu bolehlah menyanyi beramai-ramai. 

Rumah ini juga menggunakan sistem Smart Home di mana korang boleh control lampu, kipas, TV, hanya dengna menggunakan suara sahaja.

Rumah ini juga mempunyai dapur yang lengkap untuk korang memasak. Bahan beli sendiri ya. Ada juga mesin basuh untuk korang yang ingin duduk selama beberapa hari di sini. 

So kalau korang ingin lepak bersama rakan-rakan atau kalau korang ingin bawa suami ke tempat yang dia pasti akan happy, inilah lokasinya. 

Airbnb Soloz x SmartHome Gaming House

Destination: