Alang's Rawa - Resort Cantik Di Private Island Yang Korang Wajib Pergi

HOTEL
May 20, 2021 - 06:19 PM


Walaupun sekarang ni kita berada dalam PKP, tetapi tidak bermaksud kita tak boleh survey lokasi-lokasi menarik yang ada di dalam negara tercinta ini. Malaysia penuh dengan lokasi yang sangat cantik dan memukau mata.

Salah satu daripada lokasi tersebut adalah Alang's Rawa yang terletak di Mersing Johor.

Alang's Rawa merupakan sebuah resort yang terletak di pulau persendirian dan korang perlu menaiki bot selama 25 minit dari Mersing untuk tiba ke resort ini. 

Terdapat 6 jenis penginapan yang korang boleh pilih dari Beach House, Jungle Side, Coconut Tree, Coconut Tree Group, Beachfront, dan yang paling diminati ramai, Little A-Frames.

Kami suggest untuk korang pilih Little A-Frames kerana ianya terletak betul-betul di tepi pantai dan astetiknya yang digabungkan dengan keputihan pasir pantai membuatkan korang rasa seolah-olah berada di Santorini.

Apa yang menariknya di sini adalah menu mereka yang dicipta sendiri oleh Chef Khairil dan salah satu menu istimewa yang sering dicari-cari oleh pelancong luar dan tempatan adalah Rawa Special Fish.

Dan yang bestnya pada hujung minggu akan ada beberapa aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak resort. So korang boleh pilih untuk join atau stay di dalam bilik korang sahaja.

Jadi kalau korang inginkan percutian di lokasi yang sangat cantik dan memukau mata, Alang's Resort memang lokasi terbaik. Tengok gambar pun macam tak percaya kan lokasi ini di Malaysia? 

Alamat: Rawa Island c/o Pure Value Sdn Bhd, Jalan Abu Bakar, Mersing Malaysia

Laman Web | Facebook | Instagram

Destination: 
Artikel berkaitan