Aman Rimba Private Estate - Sewa Seluruh Estate Untuk 3 Hari 2 Malam Di Janda Baik

HOTEL
December 17, 2020 - 05:44 PM

Kalau korang plan nak pergi ke nature retreat ada banyak benda yang korang kena perhatikan terlebih dahulu. Bukannya lokasi tu keliling pokok dah best, korang kena tengok dia punya keluasan, kemudahan, dan privasi korang. Jadi di sini, Rileklah nak berkongsi satu lokasi nature retreat yang hanya sesuai untuk korang pergi kalau datang beramai-ramai dalam satu keluarga besar atau bersama rakan-rakan korang.

Lokasi yang dimaksudkan adalah Aman Rimba Private Estate yang terletak di Janda Baik. Seperti kebanyakan nature retreat yang lain, ianya berada di atas bukit, jadi memang sejuk dan selesa untuk merehatkan diri. Untuk duduk di sini, korang perlu menyewa keseluruhan estate ni tau (3 hari 2 malam) yang datang dengan 6 villa dan boleh memuatkan sehingga 20 orang. 

Aman Rimba Private Estate menggunakan design dan seni bina kampung Melayu tradisional. Korang boleh pilih Villa Serai kalau datang berdua, Villa Kunyit untuk keluarga 4 orang, dan Kantan Suites. Terdapat beberapa aktiviti yang korang boleh lakukan di sini seperti mandi sungai, badminton, bola tampar, cycling, bagi burung makan, memancing, dan bird-watching!

Dari segi makanan pula, korang boleh booking makanan awal-awal dan memang sedap gila makanan diorang. Menggunakan resipi turun temurun, makanan masakan Melayu di sini memang lain dari yang lain. Cuma ingat ya, kena book awal-awal sebelum datang tau. Untuk info lebih lanjut korang boleh pergi ke laman web mereka di bawah.

Alamat: Lot 5487, Kampung Janda Baik, 28750 Janda Baik, Pahang

Laman Web Facebook | Instagram

Destination: 
Artikel berkaitan