Amverton Heritage Resort, Penginapan Mesra Keluarga!
Kalau anda sedang mencari satu lokasi penginapan untuk percutian keluarga, resort kali ini memang khas untuk anda! Memang sempurna lah untuk anda yang nak bawak anak-anak pergi bercuti. Lokasi penginapan ini pun cukup menarik kerana berada di bandaraya bersejarah Melaka!
Resort kali ini adalah Amverton Heritage Resort! Amvertion Heritage menawarkan tiga jenis bilik untuk anda
- Junior Suite- RM 352 satu malam
- Deluxe Room- RM 170 satu malam
- Family Room- RM 322 satu malam
Yang menjadi tarikan utama di sini sudah semestinya kolam renang! Penuh dengan gelongsor. Sekali tengok memang macam taman tema. Antara fasiliti lain yang ditawarkan
- Taman Permainan
- Gim
- Bilik Permainan Kanak-kanak
- Bilik Video Game Kanak-kanak
- ATV
- Meja Foosball
- Kedai Serbaneka
Kalau dah puas mandi manda di kolam renang anda boleh juga mencuba beberapa aktiviti menarik yang disediakan seperti:
- Memanah
- Ruang Tembak Paintball
- Paintball Battle Field
- Memancing (Boleh Sewa Peralatan)
Tak tahu nak makan mana atau malas nak memandu, di Amverton Heritage Resort turut dilengkapi dengan restoran yang menghidangkan makanan Asia yang disediakan chef yang cukup berpengalaman
Alamat: Jalan Puteri Resort 1, 75450, 75450 Ayer Keroh, Malacca
Untuk sebarang tempahan anda boleh hubungi: 06-232 3333