Anani Villa - Nature Retreat Unik Dan Memukau Di Lereng Bukit Janda Baik, Pahang

March 09, 2021 - 01:53 PM


Malaysia mempunyai pelbagai lokasi nature retreat buat pelancong tempatan dan luar untuk bercuti. Sama ada resort tepi pantai, tengah hutan, tepi sungai, semuanya korang pernah dengar dan baca mengenai lokasi-lokasi tersebut. Jadi kali ini, Rileklah ingin berkongsi lagi satu lokasi nature retreat yang terletak di lereng bukit iaitu Anani Villa. 

Private Villa ini terletak di Janda Baik dan dikelilingi oleh alam semula jadi menjadikan ia sebagai salah satu lokasi unik dan tercantik yang ada di Pahang. 

Lokasi ini sesuai untuk korang yang ingin lari dari kesibukan bandar dan kerja dan merehatkan diri tanpa perlu memikirkan masalah duniawi. Lokasinya yang terletak hanya 30 minit dari Kuala Lumpur juga membuatkan Anani Villa terkenal dalam kalangan kaki travel. 

Terdapat beberapa jenis penginapan yang boleh dipilih mengikut citarasa dan keperluan korang. Untuk mereka yang datang dalam bilangan kecil (2-4 orang), korang boleh duduk di Junior Suite. Kalau secara beramai-ramai, korang boleh duduk di ruangan style dorm. 

Segala kemudahan asas ada di sini dan pemandangan dari atas bukit memang sangat memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. 

Jangan risau, ada pelbagai aktiviti yang korang boleh lakukan di sini, memang tak boring!

Antara aktiviti yang korang boleh lakukan adalah jugle trekking, water abseiling, dan ATV. Jadi kalau korang nak duduk di lokasi nature retreat yang sangat cantik dan mempunyai pelbagai aktiviti untuk korang spend masa, Anani Villa di Janda Baik Pahang merupakan pilihan terbaik. 

Alamat:  Lot 280, Jalan Tanarimba Sum Sum,⁠ Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia

Harga: Bermula dari RM320

Laman Web | Facebook | Instagram

Destination: