Anatara Hotels, Resort & Spa Bakal Menawarkan Penginapan Mewah Mereka Di Desaru

November 22, 2019 - 02:53 PM


Nampaknya, industri pelancongan Malaysia bakal menerima ‘keluarga’ baharu apabila rangkaian Anatara Hotels, Resort dan Spa bakal membuka cawangan mereka yang pertama di Malaysia iaitu Anatara Desaru Coast Resort & Villa.

Mengikut perancangan, Desaru Coast ini akan dibuka pada 1 Disember 2019.

Terletak di kawasan Iskandar Malaysia Johor Bharu, Desaru Coast merupakan destinasi resort mewah yang bakal menjadi destinasi pilihan pelancong tidak lama lagi dengan kawasan pantai sepanjang 17 kilometer menghadap Laut China Selatan.

Hanya 45 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan 2 jam perjalanan dari Singapura resort terbaru ini terletak di kawasan yang mempunyai banyak resort mewah yang menawarkan pelbagai jenis penginapan mewah.

Mempunyai 123 buah jenis penginapan, 90 daripadanya adalah bilik jenis deluxe yang mempunyai pemandangan taman, lagun atau laut. Selain itu bilik deluxe, terdapat 13 unit vila mewah serta 20 unit vila besar yang menawarkan privasi serta mempunyai infiniti pool.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web Anatara – Desaru.

p/s : Kami tengok rate, bilik paling murah adalah Premier Room – RM 1,100, paling mahal Villa dengan 4 bilik RM10,391. *Rate untuk satu malam.

Photo Credit : Website | Anatara

Destination: