Anda Peminat Barbie? Jom Staycation Kat Hotel Ni, Ada Bilik & Kafe Bertemakan Barbie!

December 13, 2021 - 12:03 PM


Siapa dekat sini peminat anak patung fesyen Barbie atau mempunyai anak-anak yang gemarkan karakter ikon Amerika itu?

Jika ya..ini ada satu berita gembira untuk anda dan anak-anak yang mungkin boleh dijadikan sebagai percutian hujung tahun atau sempena sambutan awal tahun baru 2022 nanti!

Hotel bertaraf 5 bintang iaitu Grand Hyatt, Kuala Lumpur menawarkan bilik penginapan bertemakan Barbie -- lengkap dengan kafe untuk anda sekeluarga menjamu selera.

Sebanyak 14 buah bilik telah dihiasi dengan tema Barbie-licious oleh Grand Hyatt yang semestinya berwarna pink di bawah program Barbie Ultimate Staycation.

Setiap bilik berharga antara RM2,320 (US$550) untuk Barbie Room dan RM4,640 setiap malam bagi Barbie Suites.

Selain penginapan, pengalaman percutian di hotel itu juga dilengkapi dengan minum petang di kafe bertemakan Barbie yang menghadap kolam renang.

Minum petang di kafe berharga RM228 atau RM298 untuk dewasa dan RM188 untuk kanak-kanak.

Peluang untuk anda staycation bersama Barbie ini mempunyai masa terhad iaitu sehingga 10 Januari depan sahaja.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai promosi bilik Barbie ini atau membuat tempahan, anda boleh layari barbiestaycation.com.

Kredit Gambar: Grand Hyatt KL
 

Destination: