Arch Studio Cenang: Penginapan Moden Eksklusif Berhampiran Pantai!

March 15, 2022 - 04:59 PM


Antara lokasi yang sentiasa menjadi tumpuan dan tarikan pengunjung baik dalam dan luar negara, mestilah Pulau Langkawi. Terdapat pelbagai tarikan baik dari segi budaya, kecantikan alam semulajadi, hiburan dan bermacam lagi!

Nak explore Pulau Langkawi mestilah menginap di satu penginapan yang selesa betul tak? Jom kita tengok apa Arch Studio Cenang tawarkan! Antara perkara yang menjadi daya penarik bagi Arch Studio Cenang adalah lokasinya.

Anda cuma perlu berjalan kaki dalam 2 minit untuk tiba di Pantai Cenang! Dekat sangat kan! Selain dari itu ia juga dekat dengan Pantai Tengah, Underwater World Langkawi dan juga Laman Padi Langkawi.

 Arch Studio menyediakan 7 jenis bilik yang sesuai dengan poket ataupun berapa ramai yang bersama anda.Setiap bilik dilengkapi dengan WiFi. Terdapat juga beberapa bilik yang lengkap dengan balkoni berhadapan dengan kolam renang.

Antara kemudahan lain yang disediakan:

  • Flat Screen TV
  • Bilik Mandi lengkap dengan pengering rambut
  • Penghawa Dingin
  • Kolam Renang

Alang-alang dekat pulau dah kan, kalau berminat korang boleh jugak sorkeling, diving dan berkanu. Kalau berminat untuk membuat tempahan korang boleh terus ke link atau hubungi 013-809 1659.

 

Alamat: Jalan Pantai Cenang, Kampung Lubok Buaya 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

Destination: