Areca Hotel Penang - Hotel Warisan Unik Di Georgetown

December 16, 2020 - 05:17 PM


Kebanyakan kaki travel di Malaysia suka menginap di hotel-hotel butik kerana harganya yang murah dan design hotel yang unik dan cantik. Jadi kalau korang tergolong dalam kategori ni, korang boleh check out satu hotel warisan butik di Penang yang sangat cool dan unik iaitu Areca Hotel di Georgetown. Dari luar dah boleh nampak suasana retro di hotel ni, memang best.

Areca Hotel Penang terletak berhampiran kawasan UNESCO tau. Dan bila masuk je dalam hotel ni korang boleh lihat perabot-perabot antik bekas peninggalan owner Khoo Sian Ewe pada zaman sebelum perang dahulu. Malah hiasan lantai juga memberikan gambaran yang sangat unik dan lain daripada yang lain kepada hotel ni.

Terdapat 48 buah bilik di Areca Hotel Penang yang korang boleh pilih mengikut kesesuaian korang. Kalau datang bersama pasangan, kami suggest untuk duduk di Heritage Room di mana terdapat sebuah katil king size di tengah-tengah bilik dan beberapa perabot antik yang menyerikan bilik ini. Kalau datang bersama rakan, boleh pilih Heritage Loft yang mempunyai dua katil single.

Di hotel ini juga terdapat cafe yang menghidangkan makanan European Moden menggunakan bahan-bahan tempatan. Dengan kecekapan Chef Azman Othman, korang pasti akan dapat merasai makanan 5-bintang ketika duduk di sini. Jadi kalau korang datang ke Penang dan tak tahu nak duduk di mana, boleh consider pergi ke Areca Hotel Penang di George Town.

Alamat: 5, Jalan Khoo Sian Ewe, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Laman Web | Facebook | Instagram

Destination: