The Banjaran Hotsprings Retreat – Seolah-Olah Masuk Ke Alam Fantasi

October 13, 2020 - 04:55 PM


Agak susah nak percaya yang lokasi ini memang ada di Malaysia. Terletak hanya 15 minit dari bandar Ipoh, The Banjaran Hotsprings Retreat merupakan lokasi yang sesuai untuk penggemar nature dan suasana tenang. Dikelilingi oleh hutan dan bukit batu kapur yang berusia lebih dari 400 tahun, the Banjaran berada di tengah-tengah membuatkan lokasi ini seperti alam fantasi.

Antara keunikan The Banjaran adalah Geothermal Hot Springs Dipping Pools. Dah nama pun Hot Springs Retreat, mesti kena ada kolam air panas kan.

 

Geothermal Hot Springs Dipping Pools

Korang boleh berehat dan tenangkan minda dan badan di dalam salah satu dipping pools yang ada di sini. Semua ni natural tau dan merupakan antara 3 juta liter air panas yang keluar dari bawah tanah. Malah kolam air panas ni juga terletak di sebelah tasik yang sangat cantik. Jadi sambil berendam tu, korang bolehlah menikmati pemandangan yang indah.

 

Thermal Steam Cave & Ice Bath

Korang juga boleh pergi ke dalam gua ni untuk merasai pengalaman sauna secara semula jadi. Gua yang sangat cantik ni memang sangat sesuai untuk korang yang tak mahu bergaul dan jauh dari orang ramai. Malah lepas sauna tersebut, korang juga boleh terjun dalam ice bath. Jangan risau, tujuan ice bath ini adalah untuk mengurangkan tekanan darah, meningkatkan saluran darah, dan kuatkan nervous system badan kita.

 

Meditation & Crystal Cave

Kalau korang ada belajar yoga dan nak bermeditasi, boleh pergi ke dua gua ni. Pihak The Banjaran ada menyediakan lokasi untuk korang duduk dan kosongkan minda korang.

 

The Pomelo Restaurant

Bila dah puas berendam air panas, air sejuk, dan bermeditasi, korang boleh pergi ke restoran ini. The Pomelo Restaurant dibuka sepanjang hari dan ramai orang yang suka makan di sini kerana menu yang disediakan adalah menu sihat. Semua bahan yang digunakan adalah berkualiti tinggi dan fresh! Jadi memang puas makan selepas melakukan aktiviti seharian.

 

Apa Lagi Yang Ada Di Sini?

Kalau korang nak tahu, The Banjaran Hot Springs Retreat ni sangat dekat dengan The Lost World of Tambun. Jadi kalau ada bawa anak-anak kecil di sini korang boleh lah bawa mereka berjalan-jalan di sana. Untuk informasi yang lebih lanjut korang boleh pergi ke laman web rasmi mereka atau media sosial.

 

Alamat: 1, Persiaran Lagoon, Sunway 3, 31150 Ipoh, Negeri Perak

Laman Web ǀ Facebook ǀ Instagram

Destination: