Bercuti Tanpa Perlu Rentas Negeri, 10 Lokasi Staycation Best Sekitar Lembah Klang!

November 02, 2021 - 03:24 PM


Korang nak bercuti tapi nak elak dari pening kepala stuck dalam trafik masa rentas negeri? Ini list lokasi staycation di sekitar Lembah Klang ada jawapannya! Memang sesuai sangat untuk korang yang nak pergi 'short getaway' bersama insan tersayang!

1. KLoe Hotel

Kita mulakan list hari ini dengan KLoe Hotel yang terletak di Bukit Bintang! Yang bestnya hotel ni selain dari terletak di Bukit Bintang yang terdapat pelbagai tempat yang menarik, korang hanya perlu berjalan selama 4 minit je untuk ke Pavilion! Memang betul betul dapat vibe bercuti di pusat bandar! Hiasan dalaman hotel ni  pulak berkonsepkan semi-industri so memang minimalis, dicorak pula dengan berlantai kayu dan sedikit sentuhan tumbuhan hijau!

Alamat: 227, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Contact: +603 2772 1313

Instagram: kloehotel

2. The Chow Kit

Takkan la korang tak tahu lagu Sudirman yang famous pasal satu jalan tu kan? The Chow Kit yang membawa tema gaya hidup Jalan Chow Kit memang sesuai untuk korang yang teringin nak explore Kuala Lumpur. 86 bilik dan suites ditawarkan so sesuai untuk pasangan ataupun keluarga!

 Alamat : 1012, Jalan Sultan Ismail, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Contact: +603 2778 6666

Instagram: ormondhotels

3. The KL Journal

Kalini memang sesuai sangat untuk korang yang tengah plan all girls staycation! The Kuala Lumpur Journal adalah satu butik hotel yang bertemakan retro dan juga minimalis. Memang puas hati kalau korang bergambar semasa menginap di sini sebab banyak sangat spot-spot yang cantik!

Alamat:  30, Jalan Beremi, Off, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur

Contact: +603 2110 2211

Instagram: thekljournal

4. Momo's Kuala Lumpur

Momo's adalah satu hotel yang sangat sesuai untuk korang gather or bercuti dalam kumpulan! Terdapat banyak bilik yang dihiasi dengan cukup berwarna-warni! Banyak sudut yang korang boleh bergambar untuk jadikan kenangan. Lapar? jangan risau terdapat pelbagai jenis makanan disediakan di restoran!

Alamat: 316, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Contact: +603 2776 6666

Instagram: stayatmomos

5. The Majestic KL

The Majestic KL adalah salah satu hotel yang tak perlu diperkenalkan lagi. Hotel yang secara asalnya terbina pada 1932 dan masih kekal dengan sentuhan kolonial dari segi hiasan dalaman dan rekabentuk. Tapi jangan risau, kebanyakan bilik yang ditawarkan di Tower Wing (bangunan baru). Memang cantik hotel ni dan banyak jugak spot untuk korang bergambar!

Alamat: 5, Jalan Sultan Hishamuddin, Tasik Perdana, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Contact: +603 2785 8000

Instagram: themajestickl

6. Nouri Glass Villa

Mencari villa yang dihiasi penuh elegan? Nouri Glass Villa mampu merealisasikan impian anda! Dengan rekabentuk dan hiasan dalaman yang cukup menawan. Mampu menampung sehingga 20 orang, nikmatilah penginapan anda dengan penuh privasi!

Alamat: Lot 3488, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor, Malaysia

Contact: +6013 635 6083

Instagram: nourivilla

7. Daun Retreats

Mencari satu penginapan yang dekat dengan semulajadi dan mewah? Daun Retreat adalah lokasi yang paling sesuai untuk anda! Terletekat di kawasan bukit Hulu Langat, villa indah ini sangat sesuai bagi mereka yang bercuti bersama keluarga besar. Terdapat tiga jenis penginapan ditawarkan, Gerimis Senja Villa (max 15 pax), Kasturi Kabin container (max 6 pax) dan juga villa yang paling luas Norehan's Place.

Alamat: Batu 17 3/4, Kampung Dusun Tua, 43100, Selangor

Contact: +6012 252 2235

8. Tanah Larwina

Sangat mudah untuk ke sini dari pusat bandar, homestay yang berkeluasan 3 ekar ini dilengkapi dengan aliran sungai yang cukup menenangkan! Tanah Larwina berkonsepkan mesra semulajadi dan terdapat ladang haiwan yang cukup comel dan juga laman orked! Mampu menampung sehingga 16 orang maksimum dan 8 orang untuk lodge utama 

Alamat: Kg Paya Lebar, Batu 23, Jalan Sg Lui, Hulu Langat, Selangor

9. Cyberjaya Resort & Spa

Mesti korang tak tahu kan di Cyberjaya terdapat satu resort yang menawarkan chalet yang luas, indah, landskap yang memukau, spa dan termasuk juga satu restoran dimsum halal? Itulah yang ditawarkan oleh Cyberview Resort & Spa! Berkeluasan 28.8 ekar ini sangat sesuai untuk korang yang mencari lokasi staycation!

Alamat: The Lodge, Persiaran Multimedia, Cyber 7, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia

Contact: +603 8312 7000

Instagram: cyberviewresortofficial

10. Amerton Cove Golf & Island Resort

Memakan masa cuma 50 minit memandu dari pusat bandar,  Amverton Cove Golf & Island Resory terletak di Pulau Carey. Sememangnya satu lokasi 'hidden gem'! Satu lokasi penginapan yang sangat menarik kerana korang boleh bermain golf! Terdapat banyak bilik yang cantik dan juga luas ditawarkan, termasuk Amverton Villa yang lengkap dengan private pool.

Alamat: PT673 Jalan Pulau Carey, Mukim Jugra, 42960 Pulau Carey, Selangor, Malaysia

Contact: +603 3123 3888

Instagram: amvertoncove

Destination: