Bermalam Serendah RM 55 Di Hotel Unik Seumpama Di France

November 02, 2021 - 04:03 PM


Hampir 2 tahun kita semua telah hidup bersama covid-19 dan satu dunia menjalankan perintah berkurung bagi mengelak penyakit Covid-19 ini merebak. Oleh sebab itulah ramai di antara kita yang telah pun rindu hingga terbayang-bayang akan keindahan negara-negara di eropah kerana cuaca dan culture yang berbeza dari negara Malaysia. Bangunan-bangunan di sana juga mempunyai keunikannya yang tersendiri di mana coraknya amat berbeza mengikut setiap tempat.

Namun tentu ramai di antara korang yang tidak tahu bahawa di Malaysia juga terdapat bandar yang seumpama di France. Bandar yang terletak di negeri Pahang itu merupakan antara tempat yang sering dikunjungi ramai orang kerana keunikannya yang tersendiri. 

Di tempat tersebut korang boleh perhatikan bertapa uniknya bangunan-bangunan di situ kerana ianya tidak seperti bangunan-bangunan biasa di Malaysia. Terdapat banyak perkara menarik yang korang boleh lakukan seperti shopping atau mengambil gambar di tempat-tempat yang cantik di sekitar kawasan tersebut. Namun ianya lebih baik jika korang bermalam di sini kerana ianya tentu memberi pengalaman yang baru. 

 

Berita baik untuk korang yang nak try menginap di sini kerana sekarang terdapat Promo voucher sehingga RM 100. Harga asal adalah RM 155 namun setelah tolak dengan voucher tersebut harganya berubah sehingga RM55 SAHAJA. Berbaloi bukan ? Harga tersebut juga lengkap dengan set lunch buffet dan ini tentu membuatkan lebih ramai lagi orang berminat. 

Jika korang berminat tentang pakej ini, korang boleh Klik Sini. Jangan lupa Tag Rileklah jika korang bercuti ke tempat menarik. 

Destination: