Bilut Hill - Resort Kaca Dengan Pemandangan Gunung Menakjubkan 360 Darjah!
Memandangkan Pahang antara negeri hijau yang pernah hampir sebulan tanpa sebarang kes baharu positif COVID-19 -- mungkin korang boleh consider untuk bercuti ke sana.
Jika korang mendambakan lokasi percutian yang dikelilingi alam semulajadi dengan bilik yang memiliki 360 darjah pemandangan mengadap gunung-ganang, korang boleh memilih BELUT HILL RESORT yang terletak di Raub.
Resort di atas bukit ini bukan sahaja menawarkan percutian yang tenang, bahkan memberikan pengalaman mempesonakan dengan penginapan di bilik berkaca yang sekaligus mencetuskan suasana romantik dan sangat sesuai bagi korang yang ke sini untuk tujuan berbulan madu bersama pasangan.
Di sini terdapat beberapa pilihan bilik yang disediakan antaranya yangterbaik tentunya bilik-bilik mewah ini yang menawarkan pemandangan gunung yang menakjubkan 360 darjah. Setiap bilik mempunyai keluasan yang besar serta dihias dengan rekaan yang elegan.
Harga untuk bilik adalah RM280 semalam pada hari biasa dan hujung minggu RM350.
Selain itu, resort ini juga mempunyai bilik Deluxe Queen yang ada beberapa tema hiasan serta dilengkapi dengan penghawa dingin, kipas, katil dan teres.
Harga semalam untuk bilik pada hari biasa adalah RM150 sahaja manakala pada hujung minggu RM250.
Memandangkan Raub, Pahang sememangnya terkenal dengan penanaman ladang durian -- jika kena pada musimnya korang juga boleh menikmati kelazatan raja buah itu yang segar dan baru dipetik dari ladang berhampiran!
Percutian korang ke Bilut Hill Resort ini pastinya tidak akan membosankan kerana di sini terdapat pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilakukan seperti bermain ATV, barbeku, stargazing, berenang, memanah atau sekadar minum-minum santai sambil berkaraoke bersama rakan-rakan dan keluarga.
BILUT HILL RESORT
ALAMAT: 27600 Raub, Pahang
NO TEL:012-616 1166
FACEBOOK: Bilut Hills