Boulder Valley Glamping : 'Camping Kayangan' Tengah-Tengah Hutan Di Pulau Pinang
Kalau korang memilih untuk Cuti-Cuti Malaysia ke Pulau Pinang dan bosan bermalam di hotel atau homestay -- korang boleh cuba menginap di sebuah destinasi berkonsepkan 'Glamping' atau glamor camping di BOULDER VALLEY GLAMPING!
Destinasi berkonsepkan perkhemahan mewah di kawasan Teluk Bahang, Pulau Pinang ini sememangnya menjanjikan sebuah percutian yang mesra alam semulajadi serta menawarkan kedamaian yang pasti membuatkan korang lebih gembira dan bahagia.
Perjalanan untuk ke Boulder Valley Glamping ini hanya mengambil masa kira-kira 45 minit jika anda dari Georgetown atau pusat bandar.
Setibanya di sini, anda boleh memilih sama ada untuk menginap di 3 jenis bilik yang disediakan iaitu Safari Tent, Tented Villa atau Chalet.
Kesemua jenis penginapan tersebut dilengkapi tandas sendiri tanpa perlu bimbang untuk mencari tandas di luar seperti jika anda berkhemah di dalam hutan biasa.
Bagaimanapun, bagi memelihara konsep percutian yang mendamaikan di tengah-tengah alam semulajadi tanpa sebarang gangguan luar -- di dalam bilik tidak disediakan dengan televisyen, malah sambungan line telefon juga agak terhad.
Jadi, 'hiburan' anda di sini benar-benar datang daripada nature seperti bunyi cengkerik dan hidupan dari dalam hutan serta alunan bunyi air yang mengalir untuk dijadikan sebagai halwa telinga.
Jika anda bercuti di Boulder Valley Glamping ini, anda tidak perlu risau yang ia membosankan kerana di sini terdapat pelbagai jenis aktiviti yang boleh anda enjoy seperti memanah, kelas senaman, spa dan juga berenang di kolam renang yang disediakan.
Bahkan tempat ini juga turut disediakan sebuah ruang luas untuk anda yang ingin membuat aktiviti berkumpulan seperti team building, sambutan hari jadi, reunion dan sebagainya.
Selain itu, di Boulder Valley Glamping ini terdapat sebuah restoran untuk anda menikmati sajian tempatan dan ia terletak di dalam sebuah rumah kaca yang dihiasi dekorasi dalaman yang sangat cantik dan memukau mata.
Harga sewa untuk semalam di Boulder Valley Glamping ini adalah dari RM355.
BOULDER VALLEY GLAMPING
ALAMAT: 8 Jalan Teluk Bahang, 11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang, Malaysia.
WEBSITE: https://bouldervalleyglamping.com.my/
FACEBOOK: Boulder Valley Glamping & Event Place
NO TEL: 012-4906882