Boulder Valley Glamping - Lokasi Glamping Tercantik Di Penang

October 27, 2020 - 10:49 AM


Kalau korang masih lagi tak perasan, Malaysia sememangnya dikurniakan dengan lokasi-lokasi yang mempunyai pemandangan indah dan menenangkan jiwa. Salah satu cara untuk menghargai dan menikmati keindahan tersebut adalah meluangkan masa di kawasan-kawasan itu melalui glamping. Untuk korang yang masih lagi tak tahu, glamping bermaksud 'glamour' dan 'camping'. Dengan kata lain, ianya camping yang mewah sikitlah. 

Dan kini, ada lagi satu lokasi glamping yang sangat cantik terletak di Teluk Bahang, Penang. Boulder Valley Glamping hanya mengambil masa 1 jam sahaja dari bandar Georgetown menggunakan kereta. Dan ianya terletak agak jauh dari lokasi yang sibuk dan penuh dengan manusia, jadi korang memang akan dapat ketenangan yang diinginkan di sini. Dikelilingi dengan flora dan fauna, korang yang minat nature pasti akan teruja bila tiba di lokasi.

Terdapat beberapa jenis penginapan yang korang boleh pilih di Boulder Valley Glamping. Ada khemah yang bertemakan safari dan juga chalet rumah kaca yang boleh memuatkan dari 2 hingga 6 orang di sini. Jadi korang tak perlu risau la kalau korang datang dengan pasangan ataupun keluarga, kerana di sini semuanya lengkap dan selesa. Tapi alang-alang dah datang sini, korang kena cuba khemah safari mereka, baru la ada feel glamping tu.

Dan ada beberapa pakej yang menyediakan breakfast sekali dengan penginapan. Korang jangan risau la, Boulder Valley Glamping ni hanya menyediakan makanan pork-free. Tapi restoran dia buka dari pukul 9 pagi hingga 6 petang je tau, nak makan sila tapau awal-awal ya. Tapi kalau korang nak makan kat luar pun boleh je. Apatah lagi bila negeri Penang ni sangat terkenal dengan makanan-makanan yang sedap dan murah. 

So kalau korang ada plan nak pergi ke Penang, try la duduk di Boulder Valley Glamping ni. Lagi-lagi untuk korang yang tak pernah merasai pengalaman glamping. Asyik duduk hotel biasa je kan, sekali-sekala ubah angin pula. Apa pun jangan lupa jaga SOP dan pakai penutup muka okay? Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh klik di link bawah:

Laman Web Facebook Instagram

Destination: