Box Pool Villa, Lokasi Penginapan Serba Lengkap Untuk Keluarga!

HOTEL
January 11, 2022 - 04:42 PM


Kalau korang sedang mencari lokasi percutian yang menarik bersama keluarga atau kawan kawan masa hujung minggu nanti, Box Pool Villa di Genting Sempah adalah satu penginapan yang cukup sempurna! Cuma satu jam dari hiruk pikuk bandar Kuala Lumpur. 

Box Pool Villa adalah satu banglo yang terletak di belakang R&R Genting Sempah dan Mcdonalds. Dibina dengan 'Open-Concept House' yang sesuai untuk satu aktivit keluarga atau berkumpulan.

Villa ini berkonsepkan kotak kontena yang cukup unik, industri dan juga moden. Dikelilingi hutan hijau yang sememangnya menenangkan. Susun atur villa ini cukup terbuka dan terdapat banyak ruang untuk anda rehatkan badan dan minda sambil menikmati permandangan yang cukup indah.

Box Villa Pool ini mampu menampung 16 orang, memang takda masalah kalau anda nak bercuti dengan keluarga besar anda! Terdapat 4 bilik tidur dilengkapi dengan 9 katil dua tingkat. Bawak ramai ramai cukup ke bilik mandi ni? Jangan risau terdapat 4 bilik mandi. Yang lagi best, ada beberapa bilik yang dapat permandangan hutan yang cukup memukau!

Selain dari itu, anda boleh bermandi manda di swimming pool yang cukup besar! Bila dah puas mandi manda, anda boleh main satu game pool di meja pool yang disediakan! Malam malam tak tahu nak buat apa? Anda boleh adakan sesi barbeku dan berkaraoke bersama keluarga!

Harga penginapan: bermula RM1,699 satu malam 

Alamat: Lot 37, Jalan Rimba 1, Rainforest Sanctuary, Genting Sempah 28750 Bentong, Pahang

Sumber dan kredit: HaveHalalWillTravel

Destination: