Brickhouse Bukit Tinggi - Private Villa Yang Mempunyai Swimming Pool Untuk Gathering

March 30, 2021 - 06:43 AM


Rasanya dah berulang kali min sebut fakta ni, tetapi Pahang merupakan negeri terbaik untuk staycation, getaway, dan juga nature retreat di dalam Malaysia. Memang terlalu banyak lokasi menarik yang boleh didapati di negeri ini. Dan salah satu lokasi terbaru di Pahang adalah Brickhouse Bukit Tinggi, villa private yang sangat cantik dan sesuai untuk gathering beramai-ramai.

Terdapat 8 bilik tidur di dalam villa ini dan setiap bilik mempunyai pelbagai jenis katil yang boleh memuatkan sehingga 20 orang.

Pemandangan dari villa ini juga sangat cantik kerana ianya menghadap dusun durian yang terletak tidak jauh dari sini, memang instagrammable la.

Seperti biasa, terdapat ruangan dapur yang lengkap dan juga ruangan BBQ. Korang boleh pilih untuk BBQ menggunakan gas atau arang. Tapi kalau arang korang kena bawa sendiri ya. Tidak dilupakan juga private pool yang mempunyai pemandangan cantik. Sekali tengok, tak rasa macam duduk di Malaysia pun. Boleh berenang bila-bila masa sahaja yang korang nak.

Selain itu, korang juga boleh pergi melawat Kolam Air Panas Bentong dan Air Terjun Tangir yang terletak berhampiran lokasi villa ini.

So kalau korang mencari tempat untuk buat gathering keluarga atau rakan-rakan, Brickhouse Bukit Tinggi memang perfect untuk korang.

Alamat: Kampung Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang

Facebook | Instagram

Destination: