"Buana Kita" - Bakal Jadi Port Glamping Viral Di Rembau, Negeri Sembilan
Bagi korang yang sukakan konsep percutian glamping dan tak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur untuk dijadikan sebagai destinasi jalan-jalan cuti hujung minggu -- ini ada satu lagi lokasi best yang bakal dibuka di Rembau, Negeri Sembilan.
Port glamping yang dimaksudkan adalah "BUANA KITA" yang terletak di Jalan Kampung Gaing, Pedas, Rembau.
Buana Kita khabarnya akan mula dibuka pada 18 Oktober ini dan menyediakan 8 buah khemah serta sebuah khemah besar yang boleh memuatkan antara 4 hingga 5 orang dan ianya sangat sesuai dijadikan tempat penginapan percutian keluarga.
Setiap khemah yang disediakan adalah sangat selesa dan mempunyai 2 buah pintu serta tilam dengan kualiti tinggi seperti di hotel.
Selain itu, di Buana Kita juga menyediakan kemudahan seperti tandas, surau, pantry terbuka dan bilik mandi yang dilengkapi dengan pemanas air.
Berdekatan dengan port glamping ini sebenarnya terdapat sebatang sungai, namun airnya tidak dalam dan selamat untuk anak-anak bermain-main di situ.
Percutian korang ke Buana Kita ini juga dijamin tidak akan membosankan, memandangkan di situ juga turut disediakan tempat untuk memanah, gelanggang pasir untuk bermain bola atau volleyball, camp fire, ping pong, board games dan padang berhalangan. Syok, kan!
Harga sewa sebuah khemah untuk satu malam pada hari biasa adalah RM240, namun kalau korang masih bergelar seorang pelajar korang bakal mendapat harga student iaitu hanya RM200.
Jika korang nak bercuti di sini pada hujung minggu, harganya sedikit berbeza iaitu RM150 untuk seorang bagi 1 malam termasuk 4 hidangan makan turut disediakan.
Selain itu, Buana Kita juga ada menyediakan pakej sambutan hari jadi yang korang boleh jadikan kejutan untuk orang-orang tersayang.
Untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan penginapan korang boleh menghubungi talian 017- 282 4041 (Huda) atau 011-2908 0742 (Mariah).
BUANA KITA
Alamat: Lot 65, Jalan Kampung Gaing, Pedas, 71400 Rembau, Negeri Sembilan
Facebook: Buana Kita
Instagram: buanakita.my