Cameron Highland Retreat, Resort Ala Inggeris Terbaru Di Cameron!

April 06, 2022 - 12:40 PM


Cameron Highland sering menjadi lokasi tumpuan pelancong baik dalam ataupun luar negara! Terkenal dengan keindahan dah kekayaan sumber semulajadi pastinya mampu memukau dan memberi ketenangan terhadap semua pengunjung.

Kali ini, ada resort ala inggeris baju sahaja dibuka pada penghujung tahun lepas. Resort tersebut adalah Cameron Highland Retreat! Lokasi resort ini cukup strategik kerana berada berhampiran dengan beberapa tarikan utama di Cameron Highland.

Selain itu, kalau dah berada di Cameron Highland cuaca yang nyaman dan dingin sudah pasti mampu memberi keselesaan kepada anda! Antara ciri unik resort ini adalah bilik loteng yang telah diubah suai untuk menyatu dengan keadaan persekitaran. Setiap bilik hadir dengan rekaan unik yang tersendiri.

Antara kelengkapan yang disediakan adalah:

  • Dapur
  • Kad Akses
  • Smart TV
  • Steamboat
  • BBQ

Terdapat 3 jenis bilik yang mampu merealisasikan percutian idaman anda:

1. Rooftree

Terdapat tiga jenis rooftree yang disediakan. Harga bermula dari RM980 - RM1750

2. Suite

Terdapat 4 jenis suite yang disediakan. Harga bermula dari RM980- RM2800

3. Standard Room

Terdapat 2 jenis bilik disediakan. Harga bermula dari RM250- RM450

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web rasmi mereka: cameronhighlandretreat.com

Destination: