Canggih, Daftar Masuk Hotel Di Singapura Hanya Guna Pengecaman Wajah!
Semakin pesat kecanggihan teknologi, semakin mudah segala urusan manusia termasuklah dalam perkara berkaitan melancong ke negara orang.
Jika korang bercuti ke negara jiran, Singapura, kini korang sudah boleh untuk mendaftar masuk ke beberapa buah hotel hanya menggunakan teknologi pengecaman wajah tanpa perlu menunggu masa yang lama untuk menyelesaikan segala urusan berkenaan seperti kebiasaannya.
Menerusi program rintis itu, para pengunjung tidak perlu lagi menguruskan pendaftaran masuk melalui kakitangan hotel sebaliknya hanya perlu menggunakan aplikasi telefon yang dilengkapi teknologi pengecaman wajah atau mesin yang mengimbas pasport mereka.
Data dari imbasan itu kemudian dihantar ke pihak berkuasa Imigresen untuk pemeriksaan dan jika tiada sebarang masalah pengunjung akan terus diberikan kunci bilik hotel masing-masing.
Teknologi itu dilaporkan dalam percubaan di 3 buah hotel dan ianya serupa dengan apa yang digunakan di beberapa buah lapangan terbang termasuk di Changi Singapura, yang boleh mengurangkan waktu daftar masuk kepada kira-kira 70 peratus.
Sumber: AFP