Chalet Su - Hidden Gem Di Terengganu Yang Tak Ramai Tahu!
Terengganu merupakan destinasi pelancongan pilihan kalau korang nak cari lokasi tepi pantai yang cantik, tenang, dan tak ramai orang. Dan ada banyak hotel / resort / villa yang cantik di negeri ini yang tak ramai tahu. Salah satunya adalah Chalet Su yang terletak 15 minit je dari bandaraya Kuala Terengganu. Dah la harga murah, tempat pun cantik, memang perfect untuk weekend getaway!
Chalet Su mempunyai 12 bilik yang korang boleh pilih dan juga sebuah homestay. Seperti yang korang boleh lihat dalam gambar di atas, kesemua bilik dan homestay di sini menyajikan pemandangan lautan biru yang sangat cantik. Malah kebersihan di sini memang sangat tip top dan seringkali mendapat pujian dari pelancong yang menginap di sini.
Antara fasiliti menarik yang disediakan di sini adalah parking, pantri, pondok rehat, dan ruangan bbq untuk korang guna. Yang bestnya, korang juga boleh pergi ke Pulau Kapas yang hanya mengambil masa 10 minit je dari Chalet Su ni. Jangan risau, segala urusan untuk pergi ke sana seperti bot, penginapan di pulau boleh diuruskan oleh Chalet Su.
Jadi kalau korang ada plan untuk pergi ke Terengganu pada masa akan datang, bolehlah consider untuk duduk di Chalet Su ni. Harga pun agak murah berbanding resort dan villa lain yang ada di kawasan ini. Pemandangan cantik tu tak payah cerita la, memang dah macam duduk di luar negara. Jangan lupa untuk masukkan Chalet Su di dalam wish list korang okay?
Alamat: Chalet Su, A1545, Kampung Rusila, 21600 Marang, Terengganu