Creator Hotel - Hotel Minimalistik Instagrammable Di Johor

February 17, 2021 - 04:48 PM


Bila pergi ke Johor Bahru, korang akan dapat lihat beberapa lokasi penginapan unik dan cantik di sana. Tapi masih ramai yang tak tahu tentang Creator Hotel yang terletak hanya 11 minit dari Johor Premium Outlet. Creator Hotel ni merupakan sebuah hotel yang sangat unik dan minimalistik dari segi design dalamannya. Memang lokasi ini sesuai untuk korang yang minat bergambar.

Yang paling best, hotel ini mempunyai pelbagai biilik mengikut kesesuaian korang. Kalau datang secara bersendirian, bilik Solo yang mempunyai katil super single sudah memadai. Kalau datang bersama family atau rakan secara beramai-ramai, korang boleh ambil Home Suite yang mempunyai ruang tamu tersendiri! Malah ada katil king size dan dua katil super single.

Creator Hotel ni menjadi pilihan kerana kedudukannya yang sangat unik dan strategik. Hotel ini terletak dekat dengan beberapa tarikan pelancong di Johor Bahru. Ia juga dekat dengan stesen KTM Kulai, stesen bus, dan juga Senai Airport. Kalau nak pergi ke Legoland Malaysia pula, hanya 30 minit sahaja dari hotel ini. Sama juga dengan Puteri Harbour Family Theme Park. 

Dan kalau pada masa akan datang korang nak melancong ke Singapore, hotel ini hanya 50 minit drive je tau. Memang jimat duit la kalau sekadar nak berjalan-jalan di negara jiran tu. Jadi kalau korang ada plan nak berjalan di Johor dan duduk di hotel yang menarik, cantik, dan unik, bolehlah datang ke Creator Hotel ni. Have fun!

Alamat: Lot 1566, Batu 20, Jalan Besar, 81000 Kulai, Johor, Malaysia

Laman Web | Facebook | Instagram

Destination: