The Datai Langkawi - Resort 5 Bintang Romantik Untuk Bercuti Bersama Pasangan

March 02, 2021 - 12:34 PM


Kalau korang baru sahaja berkahwin dan ingin mencari lokasi honeymoon, atau sekadar ingin bawa pasangan korang ke lokasi romantik, boleh singgah ke The Datai Langkawi. Lokasi ini memang terkenal sebagai lokasi percutian romantik mewah. Resort yang ada di The Datai Langkawi merupakan resort 5 bintang yang sangat cantik.

Terdapat dua jenis villa yang ada di sini yang mempunyai private pool tersendiri iaitu Rainforest Pool Villa dan Beach Villa. Memang sangat sesuai untuk korang yang inginkan privasi bersama pasangan tercinta. Untuk Rainforest Pool Villa, saiz kolamnya adalah 175 sqm, manakala untuk Beach Villa pula sebesar 350 sqm tau, boleh bawak satu family datang sini!

Untuk makan pula, terdapat beberapa restoran yang ada di The Datai Langkawi. The Gulai House merupakan restoran yang menyediakan makanan masakan melayu, manakala The Pavilion pula menyediakan makanan masakan Thai. Walaupun menggunakan bahan halal, tetapi The Pavilion mempunyai minuman alkohol dalam menu mereka, jadi nak lebih selamat untuk Muslim, boleh makan di The Gulai House.

Disebabkan resort ini terletak di lokasi yang terpencil, memang ramai yang duduk di sini spend masa bersama keluarga atau pasangan mereka tanpa keluar berjalan. Untuk ke Pantai Cenang, korang perlu drive 45 minit dan Pekan Kuah selama 55 minit. Jadi memang sangat seronok duduk di The Datai Langkawi dengan pemandangan indah hutan dan laut yang berdekatan. 

Antara aktiviti yang korang boleh buat di sini adalah pergi ke kelas masakan, jungle trekking, canopy walk, bermain golf, dan juga sailing. Memang tak bosan la duduk sini. Untuk info lebih lanjut mengenai harga, bilik, dan servis yang disediakan korang boleh tekan link di bawah ya. 

Alamat:  Jalan Teluk Datai, Langkawi 07000, Kedah

Laman Web | Facebook | Instagram

Destination: