Desa Balqis Beach Resort - Jom Rasai Pengalaman Balik Kampung Di Sini!

October 12, 2020 - 02:51 PM


Balik kampung merupakan salah satu ayat yang sangat digemari oleh orang Malaysia. Lebih-lebih lagi pada musim kerayaan di negara ini. Namun, masih ramai juga yang tak dapat merasai pengalaman balik ke kampung halaman yang betul-betul kampung. Kebanyakan keluarga mereka menetap di bandar atau kampung halaman mereka adalah rumah moden. Kepada korang yang macam tu, jangan risau. Apa kata pergi ke Desa Balqis Beach Resort.

Terletak di Kuala Linggi, ia merupakan salah satu resort yang sangat unik kerana resort ini dibina dengan rekaan sebuah kampung yang kecil. Jadi kalau korang duduk di satu chalet, korang akan rasakan seolah-olah berada di kampung dengan susunan mereka. Jadi duduk sini, korang sebenarnya sekampung dengan pelancong yang lain, seronok kan? Terdapat 20 chalet yang ada di sini dan terdapat beberapa saiz dan bentuk mengikut kesesuaian korang.

Nama chalet yang ada pun pasti akan mengingatkan korang terhadap suasana kampung. Semua chalet ini merupakan rumah kayu dan design yang digunakan adalah rumah kampung. Kalau korang sekadar datang dua orang sahaja, korang boleh duduk di Bilik Adik dan Bilik Kakak.

Kalau datang dengan family kecil dalam 6 orang macam tu bolehlah duduk di Rumah Mama, Rumah Pak Cik, Rumah Kak Long, Rumah Balqis, Rumah Kak Lang, dan Rumah Penghulu.

Tapi kalau korang nak datang beramai-ramai dan nak ruang yang besar, bolehlah duduk di Rumah Pak Lang, Rumah Pak Long, dan Rumah Pak Ngah. Memang cantik design dia.

Bagi orang yang tak pernah ada kampung macam ni, design dia memang cantik siap ada tangga lagi depan tu. Mengambil inspirasi seni bina dari bangunan di Melaka, korang pasti nak bergambar je sepanjang masa di sini. Desa Balqis ni memang seolah-olah gambaran kampung yang perfect!

Tapi, kalau korang masih mahukan kemudahan moden seperti kolam renang, jangan risau, ada di sini. Bukan tu je, malah korang juga boleh berjalan-jalan di pantai. Tak sampai 2 minit pun jalan kaki, belakang kampung ni je. Ada juga resort café yang menyediakan makanan seafood seperti tomyam, nasi goreng, dan masakan melayu lain. Punya la sedap makanan di sini, sampai orang yang tak duduk di Desa Balqis ni pun datang makan tau!

Tunggu apa lagi, korang yang tak pernah rasa pengalaman kampung tu apa kata bawa family ke sini. Mesti seronok dengan pengalaman kampung di Desa Balqis ni. Harga bermula dari RM160 untuk satu malam. Boleh lihat laman web rasmi dan media sosial mereka di bawah.

Alamat:  Jalan Kuala Sungai Baru / Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka

Laman Web ǀ Facebook ǀ Instagram

Destination: