Desa Damai Chalet - Lokasi Percutian Di Melaka Yang Tak Ramai Tahu

HOTEL
January 05, 2021 - 11:31 AM

Siapa je yang tak suka berehat di tepi pantai sambil ditemani deruan ombak yang sangat menenangkan? Memang salah satu nikmat dunia yang sering dicari-cari oleh kaki travel di luar sana. Jadi kalau korang nak mencari penginapan yang menepati ciri-ciri di atas, korang boleh pergi ke Desa Damai Chalet yang terletak di Melaka. 

Chalet yang terletak di Pengkalan Balak ini menggunakan design tradisional Melayu dan jangan risau, kemudahan asas memang ada seperti aircond, katil empuk, dan bilik air sendiri. Terdapat 4 buah chalet di sini, jadi korang perlu booking awal-awal ye sebelum datang. Dan jangan lupa untuk bergambar kerana design rumah-rumah ni sangat unik dan cantik.

Pasal makanan pula jangan risau, kalau korang pernah pergi ke Pengkalan Balak korang akan tahu terdapat beberapa restoran seafood yang sangat sedap di sini. Korang juga boleh pergi ke pusat penetasan penyu untuk melihat penyu bertelur sebagai aktiviti masa lapang korang. Boleh juga berkelah di tepi pantai untuk menenangkan diri sepanjang korang berada di sini.

Desa Damai Chalet juga ada menyediakan barangan bbq untuk korang guna. Terdapat juga gazebo untuk korang menikmati pemandangan indah di pantai ini sambil bersembang bersama keluarga dan rakan-rakan. Untuk maklumat korang, bersempena dengan tahun baru ini, Desa Damai ada buat promo tau. 

  • Hari Minggu (Isnin hingga Khamis) pada RM170 untuk satu malam
  • Hujung Minggu (Jumaat hingga Ahad) pada RM230 untuk satu malam

Murah tu, untuk maklumat lanjut korang boleh Whatsapp atau lawati laman media sosial mereka di bawah. Have fun!

Alamat: Lot 1681, Batu 22 1/2, Kampung Hailam, Pengkalan Balak, Melaka

Facebook | Instagram

 

Destination: 
Artikel berkaitan