The Edison - Jom 'Daycation' Di Hotel Warisan Ini Pada RM500 Untuk 5 Orang

March 28, 2021 - 03:24 AM


Sejak pandemik ini melanda negara kita, ramai yang duduk menyepi dan mendiamkan diri di rumah masing-masing. Dan sebenarnya bila duduk lama-lama tanpa bersosial boleh membawa mudarat kepada kesihatan mental diri kita. Jadi apa kata korang pergi bercuti di hotel warisan, The Edison yang terletak di Penang ni? Ada pakej 'daycation' tau.

Seperti namanya, 'daycation' tu merupakan akses kepada pelbagai fasiliti di hotel ini dalam tempoh 1 hari. Senang cerita, korang merupakan tetamu di hotel ini tetapi korang tak bermalam di situ. Hotel mewah ini pada asalnya merupakan sebuah rumah agam Anglo Colonial yang telah diubah suai menjadi hotel sekarang ini. Jadi memang sangat cantik design dia, instagrammable gitu.

Antara akses yang korang akan dapat dalam pakej 'daycation' ini adalah:

  • Guestroom
  • Lounge 
  • Pool

Dan maksimum 5 orang sahaja tau untuk pakej ni, so memang sangat sesuai untuk korang catch up bersama rakan-rakan yang dah lama terpisah akibat pandemik ini. Dalam masa yang sama, enjoy diri korang seharian dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Bukan tu je, WiFi di seluruh hotel juga akan diberikan kepada korang dan ada snek unlimited! Makan la puas-puas, tambah pulak dengan air percuma (tiada alkohol). Pasal kebersihan jangan risau, hotel ni sanitize 3 kali sehari dan setiap bilik mereka akan diberi waktu 24 jam sebelum tetamu lain boleh duduk. So have fun guys!

Alamat: 15, Lebuh Leith, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Laman Web | Facebook | Instagram 

Destination: