The Gemalai Village - Resort Style Kampung Atas Sawah Padi Di Langkawi

October 26, 2020 - 11:06 AM


Langkawi sememangnya sinonim dengan short getaways di negara Malaysia. Mempunyai banyak tempat menarik, restoran yang menghidangkan makanan yang sedap, dan lokasi-lokasi eksotik yang cantik, sudah pastinya rakyat Malaysia menjadikan Langkawi sebagai salah satu lokasi pelancongan yang paling banyak dikunjungi setiap tahun. Kali ini, terdapat satu resort di Langkawi yang pasti memikat hati pelancong iaitu The Gemalai Village.

The Gemalai Village terletak berdekatan dengan Pantai Cenang. Hanya perlu drive selama 2 minit je tau. Ia juga dibina di atas kawasan sawah padi, jadi kalau korang rindu dengan suasana kampung, tapi masih lagi nak feeling travel tu bolehlah pilih lokasi ini. Suasana yang sangat tenang pasti membuatkan korang lupa dengan hidup bandar yang sangat sibuk tu. 

Jangan risau, walaupun menggunakan design kampung tradisional, The Gemalai Village menyediakan kemudahan moden buat pelancong seperti katil yang selesa dan aircond. Terdapat 2 jenis penginapan yang ada di sini iaitu Dangau (single chalet) atau Teratak (chalet bertingkat). Kalau korang datang sini, ambil la Teratak kerana korang boleh makan breakfast di beranda sambil menikmati pemandangan sawah padi. 

Bukan tu je, The Gemalai Village ni juga ada menjual tiket untuk pergi ke tarikan yang berdekatan seperti Wildlife Park, Underwater World, Island Hopping, dan Crocodile Farm. Malah korang juga boleh sewa kereta pada harga RM80 sehari so korang boleh pergi berjalan-jalan dengan keluarga atau rakan-rakan korang di Langkawi ni. Memang banyak aktiviti yang korang boleh buat di sini.

Selain tu, sekarang ni tengah ada promosi tau! Untuk Teratak, korang boleh dapat harga RM140 untuk satu malam atau RM220 untuk 2 malam. Murah tu! Bukan tu je, Dangau pula berharga RM100 untuk satu malam dan RM150 untuk 2 malam. Jadi kalau korang memang plan nak pergi Langkawi tapi tak tahu nak duduk mana, jangan cari tempat lain lagi. Murah sangat dah ni. Untuk info lebih lanjut dan tempahan, korang boleh pergi ke Facebook rasmi mereka.

Destination: