Gibbon Retreat Bentong - Rumah Pokok Unik Dan Cantik Di Pahang

May 18, 2021 - 02:33 PM


Kepada pembaca setia Rileklah, korang mesti dah tahu yang Pahang ni banyak lokasi nature retreat dan staycation yang cantik-cantik, unik, dan juga menarik. Jadi kali ni Rileklah nak kongsikan lagi satu lokasi unik di negeri ini iaitu di Gibbon Retreat yang terletak di Bentong.

Apa yang menariknya di Gibbon Retreat ini adalah salah satu penginapan yang disediakan terletak di atas pokok. Ya, betul tu korang boleh duduk di rumah pokok yang sangat cantik dan dikelilingi oleh kehijauan flora dan fauna di hutan ini.

Retreat ini juga berpegang dengan moto mereka iaitu 'low impact chalets and glamping' di mana setiap penginapan yang ada di sini tidak memberi kesan kepada environment sekeliling.

Korang boleh pilih 3 jenis chalet di sini dari Rock Chalet, Bentont View Chalet, dan juga Treetop Chalet. Setiap dari penginapan tersebut boleh memuatkan sehingga 4 orang.

Tapi korang kena book awal-awal ya, kerana terdapat 3 unit sahaja bagi setiap jenis chalet di lokasi ini. Takut penuh je nanti.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah jungle trekking, BBQ, dan juga mandi kolam yang disediakan. So kalau korang inginkan lokasi percutian yang menenangkan jiwa sambil menikmati keindahan alam semula jadi, korang bolehlah singgah ke Gibbon Retreat Bentong di Pahang ni. 

Alamat: Gibbon Retreat Bentong, Lot 17799 Sungei Semantut, 27600 Bentong, Pahang.

Laman Web | Facebook

Destination: